Info Pelan

20/20: Dilihat. Terpilih. Diutus. Oleh Christine Caine Sampel

20/20: Seen. Chosen. Sent. By Christine Caine

HARI 5 DARIPADA 7

MARILAH KITA MENGASIHI SESAMA MANUSIA


Kemudian seorang guru Taurat datang untuk memerangkap Yesus. Dia bertanya, “Guru, apakah yang harus saya lakukan supaya mendapat hidup sejati dan kekal?” Yesus menjawab, “Apakah yang tertulis di dalam Alkitab? Bagaimana tafsiranmu?” Orang itu menjawab, “‘Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan segala kekuatanmu, dan dengan seluruh akalmu’; dan ‘Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.’” Yesus berkata kepadanya, “Jawapanmu itu benar. Berbuatlah demikian, dan kamu akan mendapat hidup sejati dan kekal.” Tetapi guru Taurat itu hendak membela diri, lalu bertanya, “Siapakah sesama saya?” -Lukas 10:25-29 BM



Cerita orang Samaria yang Baik Hati ialah perumpamaan yang diceritakan oleh Yesus tentang seorang lelaki yang berada di tempat yang salah pada waktu yang salah, yang diserang oleh penyamun, dan ditinggalkan setengah mati di tepi jalan.



Dalam cerita itu, orang pertama dan kedua yang melihat orang itu ialah orang yang beragama—seorang imam Yahudi dan orang Lewi—yang mengetahui Firman Allah dan berkedudukan tinggi di rumah ibadat. Dua orang itu menyeberang jalan dan meneruskan perjalanan. Orang yang ketiga, bukanlah orang yang beragama, tetapi orang Samaria, hatinya penuh belas kasihan. Ia menghampirinya.  



Ketiga-tiganya dalam perjalanan ke sesuatu tempat, tetapi hanya seorang sahaja yang rela diganggu dan mengalami kesulitan. Hanya seorang yang memberikan masa dan sumbernya. Kebetulan ia ialah orang Samaria—lelaki daripada bangsa dan budaya yang dibenci oleh orang Yahudi. Lelaki ini mengasihi orang lain sebagaimana Allah mengasihi kita, merobohkan halangan prasangka dan diskriminasi. Ia mengasihi sesama manusia. 



Selepas Yesus mengisahkan cerita ini, Dia memberikan satu perintah: “Pergilah dan berbuatlah demikian” (Lukas 10:37).



Semasa saya sedar buat pertama kalinya tentang pemerdagangan manusia, Allah menggunakan cerita ini untuk memimpin saya ke arah masa depan saya. Dia menegaskan sesuatu kepada saya: “Dia mendekatinya” (Lukas 10:34).



Saya ialah seorang wanita yang sibuk, seorang isteri, seorang ibu kepada dua orang anak, mempunyai banyak kerja, tetapi Allah ingin mengganggu hidup saya dan rancangan saya demi tujuan-Nya. Allah mahu saya untuk menyeberangi jalan untuk orang yang tidak pernah saya temui dan yang saya tidak tahu wujud. Dia mahu saya untuk mencari lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang hilang, yang terperangkap dalam perhambaan zaman moden. 



Siapakah sesama anda?



Bagi saya, mangsa pemerdagangan manusia ialah sesama saya. Orang yang saya temui di gereja ialah sesama saya. Wanita yang tinggal di rumah bertentangan dengan rumah saya ialah sesama saya. Orang yang tiada tempat berteduh ialah sesama saya. Orang yang memerlukan sesuatu yang dapat saya berikan ialah sesama saya.



Jika kita ingin menjangkau dunia kita, maka kita harus melihat setiap orang sebagai sesama kita. Setiap orang wajar dikasihi walau apa pun kepercayaan, tingkah laku atau sikap mereka kerana Allah melihat mereka sebagai orang yang boleh dikasihi dan boleh ditebus melalui kasih kurnia-Nya. 



DOA


Allah, saya memilih untuk menyeberangi jalan, untuk menolong sesama manusia, untuk mengasihi mereka sebagaimana saya mengasihi diri sendiri. Terima kasih kerana Engkau selalu menggesa saya dan mengingatkan saya bahawa saya tidak terlalu sibuk untuk orang lain. Saya berdoa dalam nama Yesus, amin.



Dipetik daripada 20/20: Seen.Chosen.Sent oleh Christine Caine. Hak cipta © 2019 Christine Caine. Dicetak semula dengan kebenaran Lifeway Women. Hak cipta terpelihara.


Hari 4Hari 6

Perihal Pelan

20/20: Seen. Chosen. Sent. By Christine Caine

Dapatkah anda bayangkan betul-betul rasa dilihat oleh Allah sehinggakan anda tidak mungkin tidak melihat orang lain? Dapatkah anda bayangkan hidup sehari-hari anda yang biasa membawa kesan abadi yang penting? Renungan 7 ...

More

Kami berterima kasih kepada Christine Caine - A21, Propel, CCM kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.christinecaine.com/2020study

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami