Info Pelan

20/20: Dilihat. Terpilih. Diutus. Oleh Christine Caine Sampel

20/20: Seen. Chosen. Sent. By Christine Caine

HARI 1 DARIPADA 7

ALLAH MELIHAT ANDA


Tetapi TUHAN berfirman kepada Samuel, “Jangan perhatikan tinggi badannya atau kacak rupanya; bukan dia yang Aku kehendaki. Aku tidak menilai orang seperti cara manusia menilai orang. Manusia melihat rupa tetapi Aku melihat hati.” -1 Samuel 16:7 BM



Beberapa tahun lalu, semasa bercuti, saya pergi membeli kopi sebelum menaiki kapal terbang. Nick berjalan dahulu dengan anak perempuan kami. Apabila saya sampai ke pintu pelepasan, saya mula berjalan dari terminal ke laluan pesawat, di mana seorang kakitangan penerbangan memandang saya dan berkata, "Puan, kamu tidak boleh menaiki pesawat."



Saya terperanjat dan menanya maksudnya. 



“Jika kamu ada masa untuk membeli kopi, maka kamu tiada masa untuk menaiki pesawat.” 



Saya terkejut. Ini tidak masuk akal. Saya tahu saya tidak lewat. "Cik, pintu itu masih terbuka. Ambillah pas masuk saya dan benarkan saya untuk menaiki pesawat.”



Ia tidak berganjak. 



“Cik, suami dan anak saya sudah menaiki pesawat,” saya memberitahunya. "Tolonglah, benarkan saya untuk menaiki pesawat.”



Ia tidak akan berganjak. 



Saya berasa tidak berupaya, amat terperanjat, sangat kecil. Ia tiada rasa empati terhadap saya, tidak mengambil berat bahawa saya terpisah daripada keluarga saya. Ia memandang saya, tetapi ia tidak melihat saya.



Akhirnya, saya menaiki pesawat, tetapi saya tidak pernah lupa akan perasaan yang timbul kerana wanita itu. Namun, saya sedar akan waktu saya bertindak sepertinya dan bukan seperti Yesus—semasa saya memandang, tetapi tidak melihat. Betapa mudahnya kita memandang terus melepasi pelayan yang melayani kita tanpa disedari, melepasi jururias tangan dan kuku di salun atau kerani di kedai. Betapa biasanya kita merenung telefon dan terlupa untuk menyapa barista yang menyerahkan kopi kepada kita. Berapa kali kita tidak mengendahkan orang lain?



Memandang tidak sama dengan melihat. Wanita di pintu pelepasan itu memandang saya, tetapi ia tidak melihat saya. Ia menumpukan pandangannya pada saya, tetapi ia tidak mengesan atau memahami sepenuhnya situasi saya.



Allah ingin kita memandang dan melihat! Dia mahu kita untuk melihat orang lain melalui perspektif-Nya—terutamanya semasa melihat orang yang bertembung dengan kita setiap hari. 



DOA



Bapa syurgawi, bukalah mata saya supaya saya melihat orang lain dan tidak melihat melepasi siapa-siapa lagi. Tolonglah saya untuk membuat orang di sekeliling saya untuk rasa dilihat, dikenali, didengari, dihormati dan dihargai. Gunakan pelan ini untuk menunjukkan bagaimana saya boleh melihat orang lain dengan lebih jelas lagi, untuk melihat mereka sebagaimana Engkau melihat mereka. Dalam nama Yesus, amin.



Dipetik daripada 20/20: Seen.Chosen.Sent oleh Christine Caine. Hak cipta © 2019 Christine Caine. Dicetak semula dengan kebenaran Lifeway Women. Hak cipta terpelihara.


Hari 2

Perihal Pelan

20/20: Seen. Chosen. Sent. By Christine Caine

Dapatkah anda bayangkan betul-betul rasa dilihat oleh Allah sehinggakan anda tidak mungkin tidak melihat orang lain? Dapatkah anda bayangkan hidup sehari-hari anda yang biasa membawa kesan abadi yang penting? Renungan 7 ...

More

Kami berterima kasih kepada Christine Caine - A21, Propel, CCM kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.christinecaine.com/2020study

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami