WAHYU 21:22-25
WAHYU 21:22-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku tidak nampak rumah ibadat di kota itu, kerana rumah ibadat itu Tuhan Allah Yang Maha Kuasa dan Anak Domba. Kota itu tidak memerlukan matahari ataupun bulan untuk menyinarinya, kerana kemuliaan Allah meneranginya, dan Anak Domba itu lampunya. Bangsa-bangsa di dunia akan hidup dalam cahayanya, dan raja-raja dunia pun akan membawa kekayaan mereka ke dalam kota itu. Pintu gerbang kota itu akan terbuka sepanjang hari; pintu gerbang kota tidak akan ditutup kerana tidak ada malam di situ.
WAHYU 21:22-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kulihat tiada ka’abah didalamnya, kŭrna Allah Tuhan yang maha kwasa itu, dan anak Domba itulah ka’abahnya. Maka pada nŭgri itu tiadalah bŭrguna chaya matahari, dan chaya bulan mŭnŭrangi dia; kŭrna kamuliaan Allah ada mŭnŭrangi akan dia, dan anak Domba itupun mŭnjadi trangnya. Adapun sagala bangsa orang yang bŭrulih slamat itu kŭlak akan bŭrjalan dalam trangnya itu, dan sagala raja raja dibumi itupun akan mŭmbawa kamuliaan, dan hormatnya kadalamnya itu. Maka pintu pintu gŭrbangnya itupun tiada kŭlak tŭrkunchi skali kali pada siang hari, tŭgal tiadalah malam disana.
WAHYU 21:22-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku tidak melihat Bait Suci di dalamnya, kerana Allah, Tuhan Yang Maha Kuasa dan Anak Domba ialah Bait Sucinya. Kota itu tidak memerlukan sinaran matahari dan bulan, kerana kemuliaan Allah meneranginya dan Anak Domba itu pelitanya. Semua bangsa berjalan dalam cahayanya, dan raja-raja di bumi membawa kemuliaan mereka ke dalamnya. Pintu gerbangnya tidak pernah ditutup pada siang hari kerana malam tiada lagi.