MAZMUR 41:10-13
MAZMUR 41:10-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Bahkan sahabat karibku yang paling aku percayai, orang yang makan bersama-samaku, telah menentang aku. Kasihanilah aku, ya TUHAN, dan pulihkanlah kesihatanku, agar aku dapat membalas musuh-musuhku. Maka tahulah aku bahawa Engkau berkenan kepadaku, kerana musuhku tidak akan mengalahkan aku. Engkau akan menolong aku, kerana ketulusanku; Engkau membolehkan aku berada di hadirat-Mu selama-lamanya.
MAZMUR 41:10-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi Engkau, ya TUHAN, kasihanilah aku; dan pulihkan aku, supaya dapat kubalas perbuatan mereka. Dengan demikian tahulah aku bahawa Engkau berkenan kepadaku, apabila musuhku tidak Kaubiarkan mengalahkanku. Dan Engkau menegakkan aku dalam keikhlasanku dan meletakkan aku di hadirat-Mu selama-lamanya. Segala puji bagi TUHAN, Allah Israel, yang tiada permulaan dan tiada kesudahan selama-lamanya. Amin, Amin.