MAZMUR 32:1-5
MAZMUR 32:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur Daud. Sajak. Berbahagialah orang yang dosa mereka telah diampunkan, yang kesalahan mereka telah dimaafkan. Berbahagialah orang yang tidak dituduh oleh TUHAN kerana kejahatan mereka, dan yang tidak suka menipu. Ketika aku tidak mengakui dosaku, aku letih kerana menangis sepanjang hari. Siang malam Engkau menghukum aku, ya TUHAN; tenagaku habis seperti embun diserap terik matahari. Kemudian aku mengakui dosaku kepada-Mu; aku tidak menyembunyikan perbuatanku yang salah. Aku mengambil keputusan untuk mengakui dosaku kepada-Mu, dan Engkau mengampunkan segala kesalahanku.
MAZMUR 32:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Diberkatilah orang yang diampuni kemungkarannya, dan yang dihapuskan dosa-dosanya. Diberkatilah orang yang dosanya tidak diperhitungkan TUHAN dan yang tiada penipuan dalam hatinya. Ketika aku membisu, tulang-tulangku kian uzur akibat rintihanku sepanjang hari. Kerana siang malam hukuman-Mu berat menekanku; tenagaku hilang bagaikan kemarau musim panas. Sela Lalu aku mengakui dosaku kepada-Mu dan tidak menyembunyikan kejahatan dosaku. Kataku, “Aku akan mengakui keingkaranku kepada TUHAN” — maka Engkau mengampunkan dosaku. Sela