MAZMUR 136:1-3,10-26
MAZMUR 136:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik; kasih-Nya kekal abadi. Bersyukurlah kepada Allah Yang Maha Tinggi; kasih-Nya kekal abadi. Bersyukurlah kepada Tuhan Yang Maha Besar; kasih-Nya kekal abadi.
MAZMUR 136:10-26 Alkitab Berita Baik (BM)
Dia membunuh anak lelaki sulung orang Mesir; kasih-Nya kekal abadi. Dia memimpin umat Israel keluar dari Mesir; kasih-Nya kekal abadi. Dia melakukan semuanya dengan tangan yang kuat dan perkasa; kasih-Nya kekal abadi. Dia membelah Laut Gelagah; kasih-Nya kekal abadi. Dia memimpin umat-Nya melalui laut itu; kasih-Nya kekal abadi; tetapi Dia menenggelamkan raja Mesir dan tenteranya; kasih-Nya kekal abadi. Dia memimpin umat-Nya melalui gurun; kasih-Nya kekal abadi. Dia membunuh raja-raja yang berkuasa; kasih-Nya kekal abadi. Dia membunuh raja-raja yang termasyhur; kasih-Nya kekal abadi. Dia membunuh Sihon, raja orang Amori; kasih-Nya kekal abadi. Dia membunuh Og, raja negeri Basan; kasih-Nya kekal abadi. Dia memberikan negeri mereka kepada umat-Nya; kasih-Nya kekal abadi. Dia memberikannya kepada Israel, hamba-Nya; kasih-Nya kekal abadi. Dia tidak melupakan kita apabila kita dikalahkan; kasih-Nya kekal abadi. Dia membebaskan kita daripada musuh-musuh kita; kasih-Nya kekal abadi. Dia memberikan makanan kepada semua makhluk hidup; kasih-Nya kekal abadi. Bersyukurlah kepada Allah penguasa di syurga; kasih-Nya kekal abadi.
MAZMUR 136:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik, kasih-Nya kekal selama-lamanya. Bersyukurlah kepada Allah segala allah, kasih-Nya kekal selama-lamanya. Bersyukurlah kepada Tuhan segala tuhan, kasih-Nya kekal selama-lamanya
Mazmur 136:10-26 Alkitab Versi Borneo (AVB)
kepada Dia yang memusnahkan anak sulung Mesir, kasih-Nya kekal selama-lamanya; dan mengeluarkan kaum Israel daripada kalangan mereka, kasih-Nya kekal selama-lamanya; dengan tangan yang perkasa, dan lengan yang terhulur; kasih-Nya kekal selama-lamanya; kepada Dia yang membelah Laut Merah, kasih-Nya kekal selama-lamanya; dan membolehkan kaum Israel berjalan melaluinya, kasih-Nya kekal selama-lamanya; tetapi menewaskan Firaun dan tenteranya di Laut Merah, kasih-Nya kekal selama-lamanya; kepada Dia yang memandu umat-Nya merentas gurun, kasih-Nya kekal selama-lamanya; kepada Dia yang menggulingkan raja-raja besar, kasih-Nya kekal selama-lamanya; dan membunuh raja-raja yang masyhur, kasih-Nya kekal selama-lamanya; Sihon raja orang Amori, kasih-Nya kekal selama-lamanya; dan Og raja Basan, kasih-Nya kekal selama-lamanya; dan memberikan tanah mereka sebagai warisan, kasih-Nya kekal selama-lamanya; warisan kepada hamba-Nya Israel, kasih-Nya kekal selama-lamanya; kepada Dia yang ingat kepada kita sewaktu kita tertindas, kasih-Nya kekal selama-lamanya; dan menyelamatkan kita daripada musuh kita, kasih-Nya kekal selama-lamanya; Dia memberikan makanan kepada semua makhluk, kasih-Nya kekal selama-lamanya. Bersyukurlah kepada Allah di syurga, kasih-Nya kekal selama-lamanya.