MATIUS 7:1-5
MATIUS 7:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
“Jangan hakimi orang lain, supaya Allah tidak menghakimi kamu juga. Allah akan menghakimi kamu sebagaimana kamu menghakimi orang lain. Sukatan yang kamu gunakan untuk menghakimi orang lain akan digunakan oleh Allah untuk kamu. Mengapakah kamu perhatikan selumbar di dalam mata saudaramu, sedangkan kayu balak di dalam matamu tidak kamu perhatikan? Bagaimana kamu dapat berkata kepada saudaramu, ‘Biarlah saya keluarkan selumbar dari mata saudara,’ sedangkan ada kayu balak di dalam matamu sendiri? Hai munafik! Keluarkan dahulu kayu balak dari matamu, barulah kamu dapat melihat dengan jelas, lalu keluarkan selumbar dari mata saudaramu.
MATIUS 7:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BAHWA janganlah kamu mŭnyalahkan orang, supaya kamu pun tiada disalahkannya. Kŭrna dŭngan kasalahan yang kamu salahkan itu juga kamu akan disalahkan, maka dŭngan sukatan yang kamu sukatkan itu juga kamu akan disukatkan. Maka apa sŭbab angkau mŭmandang sampah yang ada dalam mata saudaramu, tŭtapi balak yang dalam matamu sŭndiri itu tiada angkau indahkan. Atau bagimana angkau bulih bŭrkata pada saudaramu, biarlah aku kluarkan sampah yang didalam matamu, maka hieran, ada sa’batang balak dalam matamu sŭndiri. Hie munafik, kluarkanlah dahulu balak yang dalam matamu sŭndiri itu, kumdian kŭlak bulihlah angkau mŭlihat dŭngan trangnya, bagimana angkau bulih mŭngluarkan sampah yang didalam mata saudaramu itu.
MATIUS 7:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Jangan hakimi orang lain, supaya kamu tidak dihakimi. Kerana sebagaimana kamu menghakimi orang, demikian jugalah kamu akan dihakimi. Ukuran yang kamu gunakan untuk mengukur akan digunakan terhadapmu. Mengapakah kamu perhatikan selumbar di mata saudaramu, sedangkan kayu balak di matamu sendiri tidak kamu sedari? Bagaimanakah kamu dapat berkata kepada saudaramu, ‘Biarlah aku keluarkan selumbar daripada mata saudara,’ sedangkan kayu balak terpampang di matamu sendiri? Hai munafik! Keluarkanlah dahulu kayu balak daripada matamu, barulah penglihatanmu terang untuk mengeluarkan selumbar daripada mata saudaramu.