MATIUS 11:28-30
MATIUS 11:28-30 Alkitab Berita Baik (BM)
Marilah kepada-Ku, hai kamu semua yang lelah kerana memikul beban yang berat; Aku akan membebaskan kamu daripada beban kamu. Ikutlah perintah-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati; kamu akan mendapat kesejahteraan. Perintah yang Aku berikan kepada kamu mudah diturut, dan beban yang Aku berikan mudah dipikul.”
MATIUS 11:28-30 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Marilah padaku, hie sagala orang yang bŭrlŭlah, dan yang mŭnanggong brat, maka akulah kŭlak akan mŭmbri pŭrhŭntian pada kamu. Pakielah kokku, dan blajarlah deripadaku, kŭrna aku ini lŭmah lŭmbut, sŭrta dŭngan hati yang rŭndah, maka kamu kŭlak akan mŭndapat pŭrhŭntian bagie jiwa kamu. Kŭrna kokku itu kamudahan, dan tanggonganku pun rengan adanya.
MATIUS 11:28-30 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Marilah ke sisi-Ku, wahai semua yang jerih lelah dan memikul beban berat; Aku akan memberimu kelegaan. Ambillah kuk daripada-Ku dan terimalah ajaran-Ku, kerana Aku ini lemah lembut dan rendah hati, maka jiwamu akan tenang. Sebab kuk-Ku serba mudah, dan beban-Ku pun ringan.”