LUKAS 15:11-13,17-24
LUKAS 15:11-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus berkata lagi, “Ada seorang bapa mempunyai dua orang anak lelaki. Yang bongsu berkata kepada bapanya, ‘Ayah, berikanlah harta bahagian saya sekarang juga.’ Lalu bapanya membahagi hartanya antara kedua-dua orang anaknya. Beberapa hari kemudian, anak yang bongsu menjual bahagian hartanya, lalu meninggalkan rumah. Dia pergi ke negeri yang jauh, dan di sana dia memboroskan wangnya dengan hidup berfoya-foya.
LUKAS 15:17-24 Alkitab Berita Baik (BM)
Akhirnya dia sedar dan berkata, ‘Semua orang gaji ayahku mendapat makanan yang berlebihan tetapi di sini aku hampir mati kelaparan! Aku akan berangkat dan pergi kepada ayahku lalu berkata begini: Ayah, saya sudah berdosa terhadap Allah dan terhadap ayah. Tidak layak lagi saya disebut anak ayah. Anggaplah saya sebagai orang gaji ayah.’ Dia pun pulang kepada bapanya. Dia masih jauh dari rumah apabila bapanya nampak dia. Dengan penuh kasihan, bapanya lari menemui dia, lalu memeluk, dan menciumnya. ‘Ayah,’ kata anak itu, ‘Saya sudah berdosa terhadap Allah dan terhadap ayah. Tidak layak lagi saya disebut anak ayah.’ Tetapi bapanya memanggil hamba-hambanya dan berkata, ‘Cepat, bawalah jubah yang terbaik dan pakaikan pada dia. Kenakan cincin pada jarinya dan kasut pada kakinya. Pilihlah anak lembu yang gemuk lalu sembelih. Marilah kita rayakan kepulangannya dengan perjamuan. Anakku ini sudah mati, tetapi sekarang hidup pula; dia sesat, tetapi sekarang ditemui semula.’ Lalu perjamuan itu dimulakan.
LUKAS 15:11-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka katanya, Adalah bagie sa’orang anu itu dua orang anak laki laki. Maka kata anak yang muda itu kapada bapanya, Bapa, brilah akan daku bahgian harta harta yang patut bagieku. Maka dibahgikannyalah kapadanya hartanya. Maka tiada brapa lamanya, kumdian anaknya yank muda itu bŭrkŭmas skalian, lalu bŭrjalanlah iya pŭrgi kapada sa’buah nŭgri yang jauh, maka disana diboruskannya hartanya itu dŭngan hidop yang tiada kŭtahuan.
Injil Lukas 15:17-24 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila sŭdarlah iya akan dirinya, katanya, Brapa orang upahan bapaku mŭndapat makanan chukop yang bulih dibahginya pula, maka aku ini binasa dŭngan kŭlaparan. Maka aku haudak pŭrgi mŭndapatkan bapaku, maka aku akan bŭrkata kapadanya, Bapa, aku tŭlah bŭrdosa kapada Allah dan kapadamu. Maka tiadalah aku layak dikatakan anakmu; jadikanlah akan daku sa’orang spŭrti orang orang upahanmu. Maka bŭrbangkitlah iya lalu datang kapada bapanya, tŭtapi apabila jauhlah iya lagi, dilihatlah ulih bapanya akan dia, maka kasihanlah iya, lalu larilah iya mŭmŭlok lehirnya, sŭrta dichiumnya akan dia. Maka kata anak itu kapadanya, Bapa, aku tŭlah bŭrdosa kapada Allah, dan pada fihakmu, maka tiadalah lagi aku layak dikatakan anakmu. Tŭtapi kata bapa itu kapada hamba hambanya, Bawalah kluar pakiean yang tŭrutama, pakiekan kapadanya, dan pakiekanlah sa’bŭntok chinchin ditangannya, dan kasut dikakinya. Maka bawalah kŭmari anak lŭmbu yang tŭmbun itu sŭmblihkan, biarlah kami makan dan bŭrsuka sukaan. Kŭrna anakku ini sudah mati, maka iya tŭlah hidop pula, dan sudah hilang, iya tŭlah didapati. Maka marika itu mŭmulailah bŭrsuka suka.
LUKAS 15:11-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus berkata seterusnya: “Ada seorang yang mempunyai dua orang anak lelaki. Anak bongsu berkata kepada bapanya, ‘Ayah, berilah aku sekarang bahagian harta yang akan menjadi pusakaku.’ Lalu bapa itu membahagikan hartanya kepada kedua-dua anaknya itu. Tidak lama kemudian, yang bongsu itu menjual hartanya dan merantau ke negeri yang jauh. Di situ dia memboroskan wangnya dengan hidup berfoya-foya.
Lukas 15:17-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Akhirnya, dia sedar dan berkata, ‘Semua orang gaji bapaku dapat makan sehingga kenyang, tetapi aku ini hampir mati kelaparan! Aku hendak kembali kepada bapaku, dan aku akan berkata kepadanya: Ayah, aku telah berbuat dosa kepada syurga dan kepada ayah. Aku tidak layak disebut sebagai anak ayah. Jadikanlah aku ini sebagai salah seorang gaji ayah.’ Dia pun kembali kepada bapanya. Semasa dia masih jauh lagi, bapanya nampak dia. Hatinya penuh dengan belas kasihan dan dia berlari menemuinya. Bapanya memeluk dan menciumnya. Anak itu berkata kepada bapanya, ‘Ayah, aku telah berbuat dosa kepada syurga dan kepada ayah. Aku tidak layak disebut anak ayah.’ Bapa itu menyuruh hamba-hambanya, ‘Segeralah ambil pakaian yang terbaik dan pakaikanlah kepada anakku. Sarungkan sebentuk cincin pada jarinya dan pakaikan kasut pada kakinya. Pilihlah dan sembelihlah anak lembu yang tambun, dan marilah kita mengadakan jamuan dan bersuka ria; kerana anakku ini telah mati dan hidup kembali; dia telah hilang dan ditemukan kembali.’ Lalu mereka mula bersuka ria.