RATAPAN 3:37-42
RATAPAN 3:37-42 Alkitab Berita Baik (BM)
Kehendak Tuhan sahaja yang selalu berlaku. Kebaikan dan kejahatan berlaku hanya dengan perintah Tuhan. Mengapakah kita bersungut apabila dihukum kerana dosa kita? Marilah kita menyelidiki hidup kita, dan kembali kepada TUHAN. Marilah kita membuka hati kepada Allah di syurga dan berdoa, “Ya TUHAN, kami telah berdosa dan memberontak terhadap-Mu, dan Engkau belum lagi mengampuni kami.
RATAPAN 3:37-42 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Siapakah yang dapat mengatakan sesuatu lalu membuat hal itu terjadi kalau Tuhan tidak menetapkannya? Bukankah daripada titah Yang Maha Tinggi terbit apa yang buruk dan apa yang baik? Mengapakah orang hidup harus bersungut-sungut, ketika dia dihukum atas dosa-dosanya? Marilah kita memeriksa dan meneliti cara hidup kita, lalu kembali kepada TUHAN. Marilah kita mengangkat hati dan tangan kita kepada Allah di syurga: Kami melakukan pelanggaran dan menderhaka, dan Engkau tidak mengampuni kami.