AYUB 2:7-10
AYUB 2:7-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Si Penggoda meninggalkan TUHAN, lalu mendatangkan kudis kepada Ayub dari telapak kaki sampai mercu kepalanya. Ayub pergi duduk di sebelah timbunan sampah sambil mengikis kudisnya dengan sekeping pecahan tembikar. Isterinya berkata kepadanya, “Masihkah engkau tetap setia kepada Allah? Kutuklah Allah, dan matilah!” Ayub menjawab, “Engkau bercakap seperti orang bodoh. Apabila Allah memberikan yang baik, kita menerimanya. Kita juga patut menerima yang tidak baik.” Walaupun Ayub menderita, dia tidak mengucapkan kata-kata yang menentang Allah.
AYUB 2:7-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian Iblis pergi dari hadirat TUHAN. Dia menimpakan Ayub dengan barah bisul yang parah dari telapak kaki sampai ke ubun-ubunnya. Ayub mengambil sekeping pecahan tembikar untuk mengikis-ngikis badannya sambil duduk di tengah-tengah abu. Isterinya berkata kepadanya, “Masihkah kau berpegang teguh pada keikhlasanmu? Kutuk Allah dan matilah!” Tetapi jawab Ayub kepadanya, “Engkau bercakap seperti seorang perempuan jahil lagi bodoh. Takkan kita hanya mahu menerima yang baik daripada Allah, dan tidak mahu menerima yang buruk?” Dalam semua hal itu, Ayub tidak berdosa dengan bibirnya.