YESAYA 22:8-11
YESAYA 22:8-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Seluruh pertahanan Yehuda runtuh. Pada waktu itu kamu mengeluarkan senjata dari gedung senjata. Kamu mendapati retak-retak di tembok kota Yerusalem yang perlu diperbaiki. Kamu memeriksa semua rumah di Yerusalem dan merobohkan sesetengahnya supaya kamu mendapat batu untuk memperbaiki tembok kota. Untuk menyimpan air, kamu membina kolam air di dalam kota bagi menampung air yang mengalir dari kolam yang lama. Tetapi kamu tidak memperhatikan Allah yang sejak dahulu telah merancangkan segala perkara itu dan yang menyebabkan semuanya berlaku.
YESAYA 22:8-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Allah membuka pertahanan Yehuda. Pada hari itu engkau melihat persenjataan di Gedung Hutan. Kamu memperhatikan bahawa retak-retak begitu banyak di tembok Kota Daud, lalu kamu mengumpulkan air kolam bawah. Kamu menghitung rumah-rumah di Yerusalem, lalu kamu merobohkan rumah-rumah itu untuk mengukuhkan tembok. Kamu membuat empangan air di antara kedua-dua tembok itu untuk menampung air daripada kolam lama. Tetapi kamu tidak memandang kepada Dia yang menjadikan hal itu, dan tidak mengendahkan Dia yang telah menentukannya sejak lama.