HOSEA 3:1-5
HOSEA 3:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman kepadaku, “Pergilah lagi dan cintailah seorang wanita yang suka berzina. Kasihilah dia seperti Aku mengasihi orang Israel, meskipun mereka telah meninggalkan Aku dan menyembah tuhan-tuhan lain, serta suka mempersembahkan kuih kismis kepada berhala.” Maka aku pun membayar lima belas keping wang perak dan 150 kilogram barli untuk mendapat dia. Aku berkata kepadanya bahawa dia harus menunggu aku untuk waktu yang lama. Selama waktu itu, dia tidak boleh melacur ataupun berzina, dan pada masa itu aku pun tidak akan mendekati dia. Begitu juga untuk masa yang lama umat Israel akan hidup tanpa raja atau pemimpin, tanpa korban-korban, atau tugu-tugu keramat, tanpa berhala-berhala atau patung-patung yang digunakan untuk meramalkan masa depan. Tetapi masanya akan tiba apabila umat Israel akan kembali kepada TUHAN, Allah mereka, dan kepada seorang daripada keturunan Raja Daud, raja mereka. Lalu mereka akan takut dan hormat kepada TUHAN, serta menerima pemberian-pemberian-Nya yang baik.
HOSEA 3:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
TUHAN berfirman kepadaku, “Pergilah, tunjukkanlah cintamu kepada seorang perempuan yang berzina dan juga dicintai lelaki lain sama seperti TUHAN mencintai orang Israel sungguhpun mereka berpaling kepada tuhan-tuhan lain dan menyukai kuih-kuih kismis.” Maka aku menebus perempuan itu bagiku dengan harga lima belas syikal perak dan satu setengah homer barli. Kataku kepadanya, “Berhari-hari lamanya hendaklah engkau bersama-samaku. Engkau tidak boleh melacur dan tidak boleh menjadi milik orang lain. Maka aku pun tidak akan mendekati engkau.” Sesungguhnya, orang Israel akan hidup beberapa lamanya tanpa raja, tanpa pemimpin, tanpa korban sembelihan, tanpa tiang berhala, dan tanpa baju efod ataupun terafim. Setelah itu, orang Israel akan kembali dan mencari hadirat TUHAN, Allah mereka, serta Daud raja mereka. Pada hari-hari terakhir mereka akan datang dengan gementar kepada TUHAN dan restu-Nya.