IBRANI 2:17-18
IBRANI 2:17-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Hal ini bererti Dia harus menjadi seperti saudara-saudara-Nya dalam segala hal. Dengan demikian Dia dapat menjadi Imam Agung yang setia dan berbelas kasihan. Dengan pelayanan-Nya itu dosa manusia dapat diampunkan. Oleh itu, sekarang Dia dapat menolong mereka yang kena cubaan, kerana Dia sendiri pernah dicubai dan menderita.
IBRANI 2:17-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itu haruslah iya dijadikan sama spŭrti saudara saudaranya atas sagala pŭrkara, supaya iya mŭnjadi imam bŭsar yang murah, lagi sŭtiawan dalam sagala pŭrkara bagie Allah, akan mŭndatangkan pŭrdamiean sŭbab dosa kaum itu. Deri kŭrna iya sŭndiri tŭlah mŭnanggong sŭsangsara, sŭbab iya kŭna pŭrchobaan, maka dapatlah juga ditulongnya akan orang yang dichobai itu.
IBRANI 2:17-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan demikian, dalam segala hal Dia harus disamakan dengan saudara-saudara-Nya, supaya Dia menjadi Imam Besar yang berpengasihan dan setia dalam segala yang berkenaan dengan Allah, untuk menebus dosa umat manusia. Oleh sebab Dia sendiri telah menderita, menghadapi godaan, maka Dia dapat menolong orang yang menghadapi godaan.