HABAKUK 2:1-4
HABAKUK 2:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku akan naik ke menara pengawal, lalu menunggu apa yang akan difirmankan TUHAN kepadaku dan apa jawapan-Nya bagi sungutanku. TUHAN menjawab aku, “Tulislah dengan jelas apa yang Kunyatakan kepadamu, supaya dapat dibaca dengan mudah. Tulislah semuanya pada batu tulis daripada tanah liat. Tulislah perkhabaran itu kerana belum sampai masanya untuk berlaku. Tetapi masa itu akan segera tiba dan apa yang Aku nyatakan kepadamu ini akan pasti berlaku. Walaupun nampaknya masa itu lambat datang, tetapi tunggu saja; hal itu akan pasti berlaku dan tidak akan ditangguhkan. Inilah perkhabaran itu: ‘Orang yang melakukan kejahatan akan binasa, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah akan hidup kerana mereka setia kepada Allah.’ ”
HABAKUK 2:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku akan berdiri di tempat kawalanku dan mengambil tempat di atas kubu. Aku mahu meninjau untuk melihat apa yang akan difirmankan-Nya kepadaku dan apa yang harus kujawab apabila Dia menghujah pengaduanku. Lalu TUHAN menjawab aku demikian, “Tulislah penglihatan itu dengan jelas pada papan-papan loh, supaya orang yang berlari pun dapat membacanya. Memang penglihatan itu masih menanti waktu pernyataannya, tetapi akan segera menuju kesudahannya tanpa berdusta. Kalaupun tampak seperti lambat, tetap nantikannya, kerana pasti akan ternyatanya juga dan tidak akan berlengah. Sesungguhnya, orang yang meninggikan diri tidak lurus hatinya, tetapi orang benar akan hidup dengan imannya.