KOLOSE 2:6-10
KOLOSE 2:6-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu sudah menerima Kristus Yesus sebagai Tuhan. Oleh itu hendaklah kamu hidup bersatu dengan Dia. Hendaklah kamu berakar umbi dalam Dia. Binalah hidup kamu, dengan Kristus sebagai asasnya. Hendaklah kamu semakin percaya kepada Kristus, seperti yang sudah diajarkan kepada kamu. Hendaklah hati kamu penuh kesyukuran. Berwaspadalah supaya tidak seorang pun memperhamba kamu dengan falsafah manusia, yang tidak berguna dan menyesatkan. Ajaran itu bukan daripada Kristus, melainkan ajaran manusia yang diturunkan dari generasi ke generasi, dan ajaran daripada roh-roh yang menguasai alam semesta. Seluruh keperibadian Allah juga terdapat dalam diri Kristus, pada waktu Dia hidup di bumi sebagai manusia. Kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus, kamu juga diberikan hidup sejati. Semua roh yang berkuasa dan yang memerintah berada di bawah kekuasaan Kristus.
KOLOSE 2:6-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab kamu tŭlah mŭnŭrima Isa Almasih Tuhan itu, maka dŭmkianlah juga jalanlah kamu mŭnurot Tuhan. Maka bŭrakarlah dan bŭralaslah diatasnya, dan tŭtaplah dalam iman spŭrti yang tŭlah kamu pŭlajari, bŭrtambah tambahlah dalamnya dŭngan mŭnguchap shukor. Maka ingatlah, asal jangan barang sa’orang mŭrosakkan kamu dŭngan ilmu ilmu dunia, dan tipu sia sia, iya itu mŭnurot adat nenek moyang, dan mŭnurot pŭngajaran alif ba ta dunia, tŭtapi bukannya mŭnurot Almasih. Kŭrna dalamnyalah juga ada diam sagala kŭlangkapan katuhanan dalam tuboh Maka kamulah ada langkap dalamnya; iyalah kŭpala sagala pŭmrentahan dan kwasa.
KOLOSE 2:6-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh sebab kamu telah menerima Kristus Yesus sebagai Tuhan, hiduplah melangkah dalam Dia, berasas dan terbina dalam-Nya serta bertapak teguh dalam iman, sebagaimana kamu telah diajar, penuh melimpah dengan kesyukuran. Awaslah, jangan tertipu oleh orang yang menggunakan falsafah dan tipu daya yang sia-sia, menurut adat manusia, menurut ajaran asas dunia, bukan menurut Kristus. Dalam-Nya terhimpun seluruh ketuhanan berbentuk jasmani, dan kamu sempurna dalam-Nya, yang merupakan kepala segala perintah dan kuasa.