KOLOSE 1:27-29
KOLOSE 1:27-29 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah merancang untuk menyatakan rahsia-Nya kepada umat-Nya; rahsia yang agung dan mulia untuk umat manusia. Inilah rahsia itu: Kristus tinggal dalam diri kamu, dan hal ini bererti bahawa kamu akan ikut menikmati kemuliaan Allah. Oleh itu kami mengisytiharkan Kristus kepada semua orang. Dengan segala kebijaksanaan kami memberikan amaran dan ajaran kepada mereka, supaya setiap orang dapat dibawa ke hadirat Allah sebagai orang yang matang dalam hal-hal rohani, kerana sudah bersatu dengan Kristus. Untuk mencapai tujuan itu aku bekerja keras dengan segala kekuatan yang diberikan oleh Kristus, dan kekuatan itu nyata dalam apa yang aku lakukan.
KOLOSE 1:27-29 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka kapada marika itulah dikahandaki Allah mŭnyatakan bagimana kŭkayaan kamulian rahsia ini grangannya diantara orang sŭsat; iya itu Almasih diantaramu mŭnjadi pŭngharapan kamulian adanya. Yang kami mŭmashorkan sŭrta mŭmbri nasihat pada masing masing orang, dan mŭngajar masing masing orang dalam hal sagala budi, supaya kŭlak kami mŭnghadapkan masing masing orang itu dŭngan sampornanya dalam Isa Almasih. Maka dalam hal itulah juga aku pula bŭrlŭlah, dŭngan bŭrlumba lumba, mŭnurot kuat kŭrjanya yang bŭkŭrja dalam diriku, dŭngan gagah sangat adanya.
KOLOSE 1:27-29 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kepada mereka Allah berkehendak supaya diberitahu betapa kayanya kemuliaan rahsia itu dalam kalangan orang bukan orang Israel, iaitu Kristus dalam kamu, harapan untuk mendapat kemuliaan. Kristuslah yang kami ajarkan. Kami menasihati dan mengajar setiap orang dengan sepenuh bijaksana, supaya dapat kami hadapkan setiap orang dalam keadaan sempurna dalam Yesus Kristus. Untuk tujuan inilah juga aku berusaha, berjuang dengan segala kekuatan kuasa-Nya yang bertindak hebat dalam diriku.