KISAH RASUL-RASUL 16:6-10
KISAH RASUL-RASUL 16:6-10 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana Roh Allah tidak membenarkan mereka memberitakan firman Allah di wilayah Asia, mereka menjelajah daerah Frigia dan Galatia. Apabila mereka tiba di perbatasan Misia, mereka mencuba masuk ke wilayah Bitinia, tetapi Roh Yesus tidak membenarkan mereka. Oleh itu mereka terus pergi ke Troas melalui Misia. Pada malam itu dalam suatu penglihatan Paulus melihat seorang Makedonia berdiri di hadapannya dan memohon, “Marilah datang ke Makedonia dan tolonglah kami!” Setelah Paulus melihat penglihatan itu, kami bersependapat bahawa Allah telah menyuruh kami mengkhabarkan Berita Baik kepada orang di situ. Oleh itu kami segera bersiap-siap untuk berangkat ke Makedonia.
KISAH RASUL-RASUL 16:6-10 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun sŭtlah sudah marika itu mŭlalui bŭnua Frijia dan Galatia, maka ditŭgahkan ulih Roh Alkudos akan dia mŭmashorkan pŭrkataan Allah dibŭnua Asia. Shahadan apabila sampielah marika itu kabŭnua Misia, maka dichobainya pŭrgi kabŭnua Bithenia, tŭtapi tiada dipŭrkŭnankan ulih Roh akan dia. Maka dilaluinyalah bŭnua Misia, lalu sampielah iya kanŭgri Troas. Kŭlakian pada malam itu klihatanlah suatu pŭnglihatan kapada Paulus, iya itu spŭrti rupa sa’orang Makadonia bŭrdiri, sŭrta mŭminta katanya, Marilah angkau mŭnyŭbrang kaMakadonia mŭnulong kami. Adapun sŭtlah dilihat ulih Paulus akan pŭnglihatan itu, maka sŭbŭntar juga kami mŭnghandaki pŭrgi kaMakadonia, sŭbab tŭlah tŭntulah dalam fikiran kami, bahwa Tuhan tŭlah mŭmanggil kami akan mŭmashorkan Injil pada marika itu.
KISAH RASUL-RASUL 16:6-10 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Mereka menjelajahi pula Frigia dan Galatia, kerana Roh Kudus melarang mereka menyampaikan firman di Asia. Setelah sampai di sempadan Misia, mereka mencuba masuk ke Bitinia, tetapi dilarang oleh Roh Yesus. Oleh itu, mereka terus ke Troas melalui Misia. Pada malam itu Paulus mendapat suatu penglihatan: seorang Makedonia berdiri di hadapannya sambil memohon, “Marilah ke Makedonia menolong kami.” Setelah Paulus melihat penglihatan itu, kami pun hendak segera bertolak ke Makedonia, kerana pada hemat kami Allah memerintahkan kami menyampaikan Injil kepada orang di situ.