KISAH RASUL-RASUL 15:36-41
KISAH RASUL-RASUL 15:36-41 Alkitab Berita Baik (BM)
Beberapa lama kemudian Paulus berkata kepada Barnabas, “Marilah kita lawat semula saudara-saudara yang percaya kepada Yesus di semua kota yang sudah kita sampaikan firman Tuhan. Marilah kita lihat sama ada mereka tetap percaya kepada Tuhan.” Barnabas hendak membawa Yohanes Markus, tetapi Paulus tidak bersetuju untuk membawanya, kerana Markus meninggalkan mereka di Pamfilia, dan tidak menyertai mereka menyelesaikan tugas. Oleh itu Paulus dan Barnabas bertengkar dengan sengit sehingga akhirnya mereka berpisah. Barnabas membawa Markus bersama-samanya lalu belayar ke Siprus. Paulus memilih Silas, lalu berangkat dengan dia setelah jemaah di Antiokhia menyerahkan mereka kepada rahmat Tuhan. Mereka menjelajahi daerah Siria dan Kilikia, serta menguatkan jemaah di situ.
KISAH RASUL-RASUL 15:36-41 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka kumdian deri pada bŭbrapa harinya, maka bŭrkatalah Paulus kapada Barnabas, Baiklah kita pulang mŭlihat sagala saudara kita pada tiap tiap nŭgri ditŭmpat kita tŭlah mŭmashorkan pŭrkataan Tuhan, bagimanakah garangan hal marika itu. Maka bŭrbicharalah Barnabas handak mŭmbawa Yahya bŭrsama sama dŭngan dia yang bŭrgŭlar Markus. Maka pada fikiran Paulus, tiada baik mŭmbawa dia itu sŭrtanya, sŭbab sudah iya mŭninggalkan marika itu diPamfilia, tiadalah iya pŭrgi bŭrsama sama dŭngan marika itu akan mŭngŭrjakan pŭkŭrjaan itu. Arkian maka jadilah suatu pŭrbantahan bŭsar diantara marika itu, sahingga bŭrchŭrielah sa’orang dŭngan sa’orang, maka dibawalah Barnabas akan Markus sŭrtanya, lalu bŭrlayarlah iya kaKiprus. Tŭtapi Paulus mŭngambil Silas, sŭbab sudah disŭrahkan ulih sagala saudara akan dia kapada Allah, lalu pŭrgilah marika itu. Shahadan maka dilaluinyalah sagala bŭnua Syria dan Celisia itu, sambil mŭnŭtapkan sagala sidang jŭmaah.
KISAH RASUL-RASUL 15:36-41 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian, Paulus berkata kepada Barnabas, “Sekarang baiklah kita melawat semula saudara-saudara yang percaya kepada Yesus di semua kota yang telah kita sampaikan firman Tuhan, untuk melihat bagaimana hal mereka.” Barnabas hendak membawa Yohanes yang juga bergelar Markus tetapi Paulus tidak bersetuju kerana Markus telah meninggalkan mereka di Pamfilia dan tidak ikut serta menjalankan tugas. Oleh itu, timbul perselisihan sengit dan mereka berpisah: Barnabas membawa Markus belayar ke Siprus manakala Paulus memilih Silas sebagai teman seperjalanannya. Setelah jemaah menyerahkan mereka kepada kasih kurnia Tuhan, mereka pun berangkat. Mereka menjelajahi Siria dan Kilikia sambil menetapkan hati jemaah di situ.