KISAH RASUL-RASUL 15:12-21

KISAH RASUL-RASUL 15:12-21 Alkitab Berita Baik (BM)

Semua orang yang berkumpul di situ diam, sementara mendengarkan laporan Barnabas dan Paulus tentang segala mukjizat dan keajaiban yang dilakukan oleh Allah di kalangan orang bukan Yahudi melalui mereka. Setelah mereka selesai memberikan laporan, Yakobus berkata, “Saudara-saudara, dengarlah! Simon baru sahaja menerangkan bagaimana Allah pada mulanya menunjukkan kasih-Nya kepada orang bukan Yahudi dengan memilih suatu kelompok di kalangan mereka untuk menjadi umat-Nya. Hal ini sesuai dengan nubuat nabi-nabi, kerana di dalam Alkitab tertulis, ‘Setelah itu Aku akan kembali, firman Tuhan, Aku akan membina semula rumah Daud yang sudah roboh, dan memperbaiki runtuhannya. Aku akan menegakkannya semula, supaya semua orang yang lain akan mencari Aku, semua bangsa lain yang bukan Yahudi sudah Aku panggil untuk menjadi umat-Ku. Demikianlah firman Tuhan yang telah menyatakan hal ini sejak dahulu.’ ” Yakobus melanjutkan kata-katanya, “Menurut pendapat saya, kita tidak boleh menyusahkan orang bukan Yahudi yang percaya kepada Allah. Sebaliknya, kita harus menulis sepucuk surat untuk menasihati mereka supaya tidak makan makanan yang najis di sisi agama kerana sudah dipersembahkan kepada berhala, atau makan daging binatang yang mati dicekik, atau makan darah. Mereka harus menjauhkan diri juga daripada perbuatan cabul. Hal itu demikian, kerana sejak dahulu Taurat Musa telah dibacakan di rumah-rumah ibadat pada setiap hari Sabat, dan diberitakan di setiap kota.”

KISAH RASUL-RASUL 15:12-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Tŭtkala itu diamlah sagala orang yang bŭrhimpon itu akan mŭnŭngarkan Barnabas dan Paulus mŭnchŭrtrakan deri hal bŭbrapa tandah dan ajaib yang tŭlah diadakan Allah tŭrsŭbab ulih marika itu diantara orang sŭsat. ¶ Maka kumdian deripada marika itu sudah diam dirinya, maka mŭnyahutlah Yakob, katanya, Hie tuan tuan dan saudara saudara, dŭngarlah ulihmu akan pŭrkataanku. Bahwa Simon tŭlah mŭnyatakan, bagimana pada mulanya ditilek ulih Allah kŭrna namanya, akan mŭngambil suatu kaum deri antara orang sŭsat. Adapun akan hal ini stujulah dŭngan pŭrkataan sagala nabi spŭrti yang tŭrsurat itu: Katanya, Kumdian deri pada ini aku akan bŭrbalik, sŭrta mŭndirikan pula ka’abah Daud yang tŭlah roboh itu, dan mŭmbangunkan sagala yang tŭlah rosak itu, sŭrta kubŭtolkan pula akan dia. Supaya orang yang tinggal tinggal itu kŭlak mŭnchari akan Tuhan, dan lagi sagala orang sŭsat pun yang mŭngambil namaku, kata Tuhan yang mŭngadakan sagala pŭrkara ini. Bahwa Allah tŭlah mŭngtahui akan sagala pŭrbuatannya deripada pŭrmulaan dunia. Sŭbab itu pada bicharaku, baik juga jangan kita mŭnyusahi orang yang tŭlah bŭrbalik kapada Allah deri antara orang sŭsat itu. Tŭtapi handaklah kami bŭrkirim surat kapada marika itu, supaya dijauhkannya dirinya deripada sagala kŭchŭmaran pŭrsŭmbahan bŭrhala, dan deripada bŭrbuat zinah, dan deripada pŭrkara yang mati modar, dan deripada darah. Kŭrna deripada zaman dahulu kala pun tauret Musa ada juga dimashorkan orang pada tiap tiap nŭgri, sŭrta dibachakannya akan dia dalam sagala kŭnisa pada tiap tiap hari sabtu.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami