2 RAJA-RAJA 6:15-17
2 RAJA-RAJA 6:15-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Esok paginya hamba Elisa bangun, lalu keluar dari rumah dan nampak tentera Siria dengan kuda dan kereta kuda mereka mengelilingi kota itu. Dia balik kepada Elisa dan berseru, “Malanglah kita, tuan! Apakah yang harus kita lakukan?” “Janganlah takut,” kata Elisa. “Yang di pihak kita lebih banyak daripada yang di pihak mereka.” Kemudian Elisa berdoa, “Ya TUHAN, celikkanlah mata hambaku ini supaya dia dapat melihat!” TUHAN mengabulkan doanya. Hamba Elisa menengadah dan nampak bukit itu penuh dengan kuda dan kereta kuda berapi di sekeliling Elisa.
2 RAJA-RAJA 6:15-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika pembantu hamba Allah bangun pagi-pagi dan pergi ke luar, dilihatnya suatu pasukan dengan kuda dan rata mengepung kota itu. Maka kata pembantu itu kepada tuannya, “Aduh, tuanku! Apakah yang harus kita lakukan?” Jawabnya, “Jangan takut, kerana yang menyertai kita lebih ramai daripada yang menyertai mereka.” Lalu Elisa berdoa, katanya, “Ya TUHAN, bukalah kiranya matanya supaya dia dapat melihat.” Maka TUHAN membuka mata pembantu itu sehingga dia dapat melihat bahawa sesungguhnya gunung itu penuh dengan kuda dan rata berapi mengelilingi Elisa.