2 KORINTUS 3:1-6
2 KORINTUS 3:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Adakah kami memuji diri? Atau perlukah kami menunjukkan surat pujian kepadamu atau yang datang daripadamu, seperti dilakukan oleh sebilangan orang? Kamulah surat pujian kami, yang tersurat dalam hati kami, dan yang dapat diketahui serta dibaca oleh semua orang. Kamu adalah surat kiriman Kristus yang kami hantarkan. Surat itu ditulis bukan dengan dakwat, tetapi dengan Roh daripada Allah yang hidup; bukan pada loh batu tetapi pada loh daging iaitu hati manusia. Demikianlah keyakinan kami kepada Allah melalui Kristus. Kami tidak menganggap kesanggupan kami bekerja datang daripada diri kami sendiri. Kesanggupan itu datang daripada Allah. Dialah yang telah menjadikan kami sanggup mengabdi diri kepada umat perjanjian baru yang tidak lagi berasaskan hukum-hukum bertulis tetapi berasaskan Roh; kerana perintah-perintah tersurat itu membawa kematian sedangkan Roh membawa kehidupan.
2 KORINTUS 3:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Adakah hal ini kedengarannya seolah-olah kami membanggakan diri lagi? Adakah kami, seperti orang lain, memerlukan surat perakuan untuk kamu, ataupun daripada kamu? Tidak, kami tidak memerlukan surat perakuan. Kamu sendirilah surat perakuan kami, yang tertulis di dalam hati kami dan yang boleh diketahui serta dibaca oleh semua orang. Jelaslah bahawa kamu seperti surat yang ditulis oleh Kristus dan dikirim melalui kami. Surat ini tidak ditulis dengan dakwat, tetapi dengan Roh Allah yang hidup. Surat itu tidak ditulis pada batu tulis, tetapi pada hati manusia. Kami berkata demikian kerana keyakinan kami kepada Allah melalui Kristus. Kami tidak mempunyai suatu alasan pun untuk mendakwa bahawa kami sanggup melakukan kerja itu, tetapi keupayaan itu datangnya daripada Allah. Dialah yang menyebabkan kami sanggup mengabdikan diri kepada perjanjian yang baru. Perjanjian itu tidak terdiri daripada hukum yang tertulis, tetapi daripada Roh Allah. Hukum yang tertulis itu membawa kematian, tetapi Roh Allah memberikan hidup.
2 KORINTUS 3:1-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA mahukah kita mŭmulai pula mŭngŭnalkan diri kita? atau adakah kita kurang spŭrti orang orang lain, surat kŭnalan kapada kamu, atau surat kŭnalan deri pada kamu. Bahwa kamulah juga surat kami yang tŭrtulis dalam hati kami, iya itu dikŭnal dan dibacha ulih sagala manusia. Maka tŭlah nyatalah skali, bahwa adalah kamu jadi surat Almasih yang bŭrkhodmat ulih kami, dan tŭrtulis bukannya dŭngan dawat, hanya dŭngan Roh Allah yang hidop, maka bukannya diatas loh loh batu, mŭlainkan diatas loh loh daging, iya itu hati. Maka kami mŭnaroh harap yang dŭmkianlah dŭngan bŭrkat Almasih kapada Allah. Bukannya kami ini chakap bagie diri kita sŭndiri handak mŭngirakan barang apa apa deripada kami sŭndiri, mŭlainkan chakap kita ini deri pada Allah juga adanya. Yang tŭlah mŭnjadikan kami pula utus utusan wasihat bahru, iya itu bukannya deri pada surat suratan, mŭlainkan deripada Roh, kŭrna surat suratan itu mŭmatikan, tŭtapi Roh itu mŭnghidopkan.