1 SAMUEL 2:1-2
1 SAMUEL 2:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Hana berdoa, “TUHAN menggembirakan hatiku; alangkah bahagianya aku, kerana apa yang sudah dilakukan-Nya bagiku. Sekarang aku mentertawakan musuhku; alangkah sukacitanya aku kerana Allah sudah menolong aku. Tiada sesiapa pun yang suci seperti TUHAN; Dia tidak ada tandingan; hanya Allah kita yang dapat memberikan perlindungan.
1 SAMUEL 2:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Lalu berdoalah Hana, “Hatiku bersuka ria kerana TUHAN; Kekuatanku disanjung tinggi kerana TUHAN. Mulutku mengecam para musuhku, kerana aku bersukacita atas pertolongan-Mu. Tiada yang suci seperti TUHAN. Tiada yang lain kecuali Engkau, tiada batu pejal seperti Allah kita.