1 PETRUS 5:6-11
1 PETRUS 5:6-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Oleh itu, rendahkanlah diri kamu ke bawah tangan Allah yang berkuasa, supaya Dia meninggikan kamu pada masa yang ditetapkan-Nya. Serahkanlah segala kekhuatiran kamu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentang kamu. Berjaga-jagalah dan berwaspadalah, kerana Iblis, musuh kamu merayau-rayau seperti singa yang mengaum sambil mencari mangsa. Teguhkanlah iman dan lawanlah Iblis, kerana kamu tahu bahawa saudara-saudara sesama Kristian lainnya di seluruh dunia, juga mengalami penderitaan yang sama. Tetapi setelah kamu menanggung penderitaan untuk sementara waktu, Allah sendiri akan menyempurnakan kamu. Dia akan menegakkan, menguatkan, dan mengukuhkan kamu, kerana Dia Allah yang sangat baik hati dan yang sudah memanggil kamu untuk turut menikmati kemuliaan-Nya yang kekal, kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus. Dialah yang berkuasa selama-lamanya! Amin.
1 PETRUS 5:6-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sŭbab itu rŭndahkanlah dirimu kabawah tangan kudrat Allah, supaya ditinggikannya dikau pada waktu yang tŭrtŭntu. Pulangkanlah sagala kabratanmu itu kapada Tuhan, kŭrna iyalah mŭnaroh ingatan atas kamu. Maka handaklah kamu suman dan jaga, kŭrna musohmu iblis itu ada spŭrti singa mŭnglilingi kami, mŭngaum mŭnchari siapakah handak ditŭlannya. Lawanlah akan dia dŭngan iman yang tŭgoh, kŭrna kami kŭtahui, bahwa sŭngsara yang dŭmkianlah dilakukan kapada saudara saudara kamu yang ada dalam dunia. Adapun Allah pohon sagala nihmat itu, yang tŭlah mŭnjŭmpot kami kapada kamuliaannya yang kŭkal itu dŭngan bŭrkat Isa Almasih, sŭtlah sudah kamu mŭrasai sŭngsara sŭdikit waktu, jadikanlah kiranya kamu samporna, dan tŭgoh, dan tŭtap, dan tŭntu. Maka bagie Tuhanlah juga kiranya kamuliaan, dan pŭngwasaan sampie slama lamanya, Amin.
1 PETRUS 5:6-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, rendahkan dirimu di bawah kuasa Allah, supaya kamu ditinggikan-Nya pada waktu yang telah ditetapkan. Serahkan segala kerunsinganmu kepada Allah, kerana Dia mengambil berat tentangmu. Kawallah dirimu dan berwaspadalah, kerana musuhmu Iblis merayau seperti singa yang mengaum mencari mangsa. Lawanlah Iblis dengan iman yang teguh. Kamu tahu bahawa penderitaan yang sama sedang ditanggung oleh saudara-saudara seimanmu serata dunia. Tetapi setelah kamu menderita beberapa waktu, Allah, sumber segala kasih kurnia, yang telah memanggil kamu dalam Kristus untuk turut menikmati kemuliaan-Nya yang kekal, akan menyempurnakan, menegakkan, mengukuhkan dan menenteramkan kamu. Bagi Allah segala kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya. Amin.