1 YOHANES 4:7-19

1 YOHANES 4:7-19 Alkitab Berita Baik (BM)

Sahabat-sahabat yang aku kasihi, marilah kita saling mengasihi kerana kasih berasal daripada Allah. Sesiapa yang saling mengasihi, mengenal Allah dan dia anak Allah. Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, tidak mengenal Allah kerana Allah itu kasih. Inilah cara Allah menunjukkan kasih-Nya kepada kita: Dia mengutus Anak-Nya yang tunggal ke dalam dunia supaya melalui Anak-Nya kita beroleh hidup sejati dan kekal. Inilah kasih: Bukannya kita telah mengasihi Allah, tetapi Allah mengasihi kita dan mengutus Anak-Nya supaya melalui Dia dosa kita diampunkan. Sahabat-sahabat yang aku kasihi, jika Allah sangat mengasihi kita, kita pun harus saling mengasihi. Tidak seorang pun pernah melihat Allah. Jika kita saling mengasihi, Allah hidup bersatu dengan kita, dan kasih-Nya disempurnakan dalam diri kita. Kerana Allah telah mengurniai kita Roh-Nya, kita tahu bahawa kita hidup bersatu dengan Allah dan Allah hidup bersatu dengan kita. Kami sendiri telah melihat Anak Allah dan memberitahu orang lain bahawa Bapa mengutus Anak-Nya untuk menjadi Penyelamat dunia ini. Allah hidup bersatu dengan orang yang mengakui Yesus itu Anak Allah, dan mereka hidup bersatu dengan Allah. Kita sendiri tahu dan benar-benar yakin bahawa Allah mengasihi kita. Allah itu kasih. Sesiapa yang sentiasa mengasihi orang lain, hidup bersatu dengan Allah, dan Allah hidup bersatu dengan dia. Kasih disempurnakan dalam diri kita, supaya kita beroleh keberanian pada Hari Kiamat kelak. Kita tentu akan mempunyai keberanian, kerana hidup kita di dunia ini seperti hidup Kristus. Orang yang menikmati kasih Allah tidak mengenal perasaan takut, kerana kasih yang sempurna melenyapkan segala perasaan takut. Oleh itu, orang yang belum menikmati kasih Allah dengan sempurna, akan takut menghadapi hukuman pada Hari Kiamat. Kita mengasihi orang lain, kerana Allah mengasihi kita terlebih dahulu.

1 YOHANES 4:7-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Kŭkasih, biarlah kami mŭngasihi sa’orang akan sa’orang: kŭrna kasih itu deripada Allah; dan barang siapa yang mŭngasihi iya itulah tŭlah dipranakkan ulih Allah, dan mŭngatahui akan Allah. Dan barang siapa yang tiada mŭngasihi itu iya tiada mŭngŭnal akan Allah; kŭrna Allah itulah kasih adanya. Maka dŭngan inilah kasih Allah akan kami tŭlah nyata, sŭbab Allah tŭlah mŭnyurohkan anaknya yang tunggal itu kadalam dunia, supaya kami hidop dŭngan bŭrkatnya. Maka inilah kasih bukannya kami mŭngasihi akan Allah, mŭlainkan iya juga tŭlah mŭngasihi akan kami, dan iya tŭlah mŭnyurohkan anaknya akan mŭnjadi korban pŭrdamiean sŭbab dosa kami. Kŭkasih, jikalau kiranya dŭmkianlah Allah mŭngasihi akan kami, maka patutlah kami pun mŭngasihi sa’orang akan sa’orang. Maka barang sa’orang pun bŭlom pŭrnah mŭlihat akan Allah; Jikalau kiranya kami mŭngasihi sa’orang akan sa’orang, adalah Allah dalam kami, dan kasihnya itupun sampornalah dalam kami. Maka dŭngan hal inilah kami mŭngatahui, bahwa kami ada diam dalamnya, dan iya dalam kami, sŭbab tŭlah dikurniakannya kapada kami Rohnya. Maka kami tŭlah sudah mŭlihat dan mŭnjadi saksi, bahwa Ayah itu tŭlah mŭnyurohkan anaknya itu akan mŭnjadi pŭnulong dunia. Maka jikalau barang siapa mŭngaku bahwa Isa itu anak Allah adanya, adalah Allah dalamnya, dan iya pun dalam Allah. Maka kami tŭlah sudah mŭngŭnal sŭrta pŭrchaya akan kasih itu yang tŭlah ditarohkan Allah bagie kami, maka Allah itu kasih adanya; dan barang sa’orang yang dudok dalam kasih itu maka iyalah dalam Allah adanya, dan Allah itupun dalamnya. Maka dŭmkianlah kasih kami itu tŭlah samporna adanya, supaya kŭlak kami mŭndapat brani pada hari kiamat: bahwa spŭrti Allah itu, maka dŭmkianlah hal kami dalam dunia inipun. Maka tiadalah takot dalam kasih, tŭtapi kasih yang samporna itu mŭnolakkan takot itu, kŭrna takot itu mŭngadakan sakit; maka adapun orang yang takot itu tiadalah iya disampornakan dalam kasih. Maka kami mŭngasihi akan dia itu, sŭbab iya tŭrdahulu mŭngasihi akan kami.

1 YOHANES 4:7-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Saudara-saudara yang kukasihi, marilah kita kasih-mengasihi kerana kasih itu datang daripada Allah. Sesiapa yang kasih-mengasihi lahir daripada Allah dan mereka mengenal Allah. Sesiapa yang tidak mengasihi sesama manusia tidak mengenal Allah kerana Allah itu kasih. Begitu kasihnya Allah kepada kita sehingga Dia menghantar Anak-Nya yang tunggal ke dunia supaya melalui-Nya kita mendapat hidup yang kekal. Demikianlah kasih: bukannya kita mengasihi Allah tetapi Allah mengasihi kita lalu menghantar Anak-Nya sebagai korban pendamaian bagi dosa kita. Saudara-saudara yang kukasihi, Allah amat mengasihi kita, maka haruslah kita kasih-mengasihi. Tiada siapa pernah melihat Allah tetapi jika kita kasih-mengasihi, Allah tetap ada di dalam kita dan kasih-Nya disempurnakan di dalam diri kita. Oleh sebab Allah telah mengurniakan Roh-Nya kepada kita, tahulah kita bahawa kita tetap ada di dalam Allah dan Allah di dalam kita. Kami telah melihat Anak dan menyebarkan berita bahawa Bapa telah menghantar Anak-Nya sebagai Kristus, Penyelamat dunia ini. Sesiapa yang mengakui Yesus itu Anak Allah, nescaya Allah tetap di dalam orang itu dan dia pun di dalam Allah. Kita tahu dan yakin sepenuh hati bahawa Allah mengasihi kita. Allah itu kasih. Sesiapa yang sentiasa mengasihi sesama manusia tetap ada di dalam Allah, dan Allah tetap di dalam dia. Dengan cara ini, kasih disempurnakan dalam diri kita supaya kita berani pada Hari Penghakiman nanti kerana hidup kita di dunia ini sama seperti hidup Kristus di dunia. Dalam kasih tidak ada ketakutan. Kasih yang sempurna menghilangkan segala rasa takut kerana ketakutan ada kaitan dengan hukuman. Dengan demikian, orang yang takut belum mengenal kasih yang sempurna. Kita mengasihi sesama manusia kerana Tuhan terlebih dahulu mengasihi kita.

1 YOHANES 4:7-19

1 YOHANES 4:7-19 BM

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami