1 YOHANES 3:1-3
1 YOHANES 3:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Ketahuilah bahawa Allah Bapa sangat mengasihi kita! Dia amat mengasihi kita, sehingga kita diakui sebagai anak-anak Allah dan memang kita anak-anak Allah. Itulah sebabnya dunia ini tidak mengenal kita, kerana dunia ini tidak mengenal Allah. Sahabat-sahabat yang aku kasihi! Kita sekarang anak-anak Allah, tetapi keadaan kita kelak belum jelas. Tetapi kita tahu bahawa apabila Kristus datang, kita akan menjadi seperti Dia, kerana kita akan melihat Dia dalam keadaan-Nya yang sebenarnya. Setiap orang yang mempunyai harapan ini kepada Kristus, menjaga dirinya supaya suci, sebagaimana Kristus pun suci.
1 YOHANES 3:1-3 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BAHWA, lihatlah bŭtapa prinya pŭngasihan yang tŭlah dikurniakan ulih Ayah pada kami, iya itu harus kami disŭbutkannya anak anak Allah: maka sŭbab itu orang isi dunia ini tiada mŭngŭnal akan kami, kŭrna tiada iya mŭngŭnal akan Tuhan. Kŭkasih, bahwa skarang inilah kami jadi anak anak Allah, akan tŭtapi bŭlomlah nyata apakah kŭlak kami pun akan jadi: tŭtapi kami tŭlah mŭngatahui, apabila Almasih itu kŭlak akan dinyatakan, maka kami pun akan jadi sŭrupa dŭngan dia, kŭrna kami nanti mŭlihat dia spŭrti adanya. Maka masing masing orang yang ada mŭnaroh harap ini dalamnya iyalah mŭnyuchikan akan dirinya sŭndiri, spŭrti Almasih itupun suchi adanya.
1 YOHANES 3:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketahuilah betapa kasihnya Bapa kepada kita sehingga kita disebut anak-anak Allah! Dan sememanglah begitu! Sebabnya dunia ini tidak mengenal kita ialah kerana dunia ini tidak mengenal Allah. Sahabat-sahabat yang kukasihi, sekarang ini kita anak-anak Allah, tetapi belum nyata bagaimana keadaan kita kelak. Tetapi kita tahu bahawa apabila Kristus datang, kita akan menjadi seperti-Nya, kerana kita akan melihat-Nya dalam keadaan-Nya yang sebenar. Sesiapa yang menaruh harapan ini kepada Kristus akan memelihara dirinya supaya suci, sebagaimana Kristus itu suci.