Doa Daud. Dengarlah seruanku, ya TUHAN, dan kabulkanlah doaku, kerana aku lemah dan tidak berdaya. Selamatkanlah aku daripada maut, kerana aku setia kepada-Mu; selamatkanlah aku, hamba-Mu yang percaya kepada-Mu. Engkaulah Allahku; kasihanilah aku; sepanjang hari aku berdoa kepada-Mu. Ya Tuhan, gembirakanlah hati hamba-Mu, kerana aku menaikkan doa kepada-Mu. Ya Tuhan, Engkau baik dan suka mengampuni orang, Engkau mengasihi mereka yang berdoa kepada-Mu. Dengarlah doaku, ya TUHAN, dengarlah aku minta pertolongan. Ketika aku dalam kesusahan, aku berseru kepada-Mu kerana Engkau mengabulkan doaku. Tiada tuhan yang seperti Engkau, ya Tuhan, tiada yang dapat melakukan apa yang Engkau lakukan. Semua bangsa yang telah Engkau cipta akan datang, ya Tuhan, untuk menyembah-Mu dan memuji kebesaran-Mu. Engkau berkuasa dan melakukan perkara yang ajaib; hanya Engkaulah Allah. Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN, dan aku akan menurutnya dengan setia; ajarlah aku menghormati Engkau dengan sungguh-sungguh. Aku akan memuji Engkau dengan sepenuh hati, ya Tuhan, Allahku; aku akan mengisytiharkan kebesaran-Mu selama-lamanya. Betapa besarnya kasih-Mu untukku; Engkau telah menyelamatkan aku dari kubur.
Kongsi
Baca MAZMUR 86
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video