Mazmur Asaf. Allah sungguh baik kepada umat Israel, kepada mereka yang berhati murni. Tetapi hatiku bimbang, imanku hampir hilang, kerana aku cemburu terhadap orang sombong, ketika aku melihat orang jahat menjadi makmur. Mereka tidak sakit; mereka kuat dan sihat. Mereka tidak menanggung penderitaan, tidak ditimpa kesusahan seperti orang lain. Oleh itu mereka bersikap sombong, dan selalu bertindak dengan ganas; hati mereka penuh dengan kejahatan, dan fikiran mereka sibuk dengan rancangan kejam. Mereka mentertawakan orang lain dan mengatakan yang jahat, mereka sombong dan merancang untuk menindas orang. Mereka mengeji Allah yang di syurga, dan bercakap dengan sombong kepada manusia di bumi, sehingga umat Allah pun mendengarkan mereka dan yakin akan segala yang diucapkan mereka. Mereka berkata, “Pasti Allah tidak tahu akan apa yang berlaku; Yang Maha Tinggi tidak akan mengetahui perbuatan kita.” Begitulah keadaan orang jahat; hidup mereka senang dan harta mereka terus bertambah. Sia-sia sahaja aku menjaga hatiku supaya suci, tiada gunanya aku menjauhi dosa. Ya Allah, sepanjang hari aku menderita; setiap pagi aku diseksa. Sekiranya aku berkata begitu, aku mengkhianati umat-Mu. Aku cuba memahami hal itu, tetapi terlalu sukar bagiku, sehingga aku masuk ke dalam Rumah-Mu, barulah aku memahami kesudahan semua orang jahat itu.
Baca MAZMUR 73
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: MAZMUR 73:1-17
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video