MAZMUR 70

70
Doa Minta Tolong
(Mzm 40.14-18)
1Untuk pemimpin koir. Mazmur oleh Daud, ketika mempersembahkan korban peringatan.
2Ya Allah, selamatkanlah aku!
TUHAN, cepatlah tolong aku!
3Biarlah mereka yang cuba membunuh aku
dikalahkan dan dibingungkan.
Biarlah mereka yang gembira kerana kesusahanku
dipukul mundur dan dipermalukan.
4Biarlah mereka yang mengejek aku
terkejut dan malu kerana dikalahkan.
5Semoga semua orang yang datang kepada-Mu
bergembira dan bersukacita.
Semoga semua orang yang bersyukur kerana penyelamatan-Mu
sentiasa berkata, “Betapa agungnya Allah!”
6Aku miskin dan lemah;
datanglah segera kepadaku, ya Allah.
Engkaulah penolongku dan penyelamatku,
janganlah berlengah, ya TUHAN!

Terpilih Sekarang Ini:

MAZMUR 70: BM

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami