YOHANES 2:1-11

YOHANES 2:1-11 BM

Dua hari kemudian, ada majlis perkahwinan di kota Kana di negeri Galilea. Ibu Yesus di sana. Yesus dan pengikut-pengikut-Nya juga dijemput ke majlis tersebut. Apabila wain sudah habis, ibu Yesus berkata kepada Yesus, “Mereka kehabisan wain.” Yesus menjawab, “Puan, janganlah suruh Aku. Saat-Ku belum tiba.” Kemudian ibu Yesus berkata kepada pelayan-pelayan di situ, “Lakukan apa sahaja yang dikatakan-Nya kepada kamu.” Orang Yahudi mempunyai adat pembasuhan. Di situ ada enam buah tempayan untuk keperluan itu dan setiap tempayan isinya kira-kira seratus liter air. Yesus berkata kepada pelayan-pelayan itu, “Isilah tempayan-tempayan ini dengan air.” Mereka mengisi semua tempayan itu sehingga penuh. Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Sekarang ambillah sedikit air itu dan hidangkannya kepada ketua majlis.” Mereka membawa air itu kepada ketua majlis. Ketua majlis itu mengecap air yang sudah berubah menjadi wain. Dia tidak tahu dari mana datangnya wain itu. (Hanya pelayan-pelayan yang menuang air itu yang mengetahuinya.) Oleh itu ketua majlis memanggil pengantin lelaki, lalu berkata kepadanya, “Biasanya orang menghidangkan wain terbaik terlebih dahulu, lalu apabila para tetamu sudah puas minum barulah wain biasa dihidangkan. Tetapi kamu menyimpan wain terbaik sehingga sekarang!” Itulah mukjizat pertama yang dilakukan oleh Yesus di Kana di negeri Galilea. Dia menyatakan kemuliaan-Nya dan pengikut-pengikut-Nya percaya kepada-Nya.

Pelan Bacaan dan Renungan percuma yang berkaitan dengan YOHANES 2:1-11

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami