Sekali lagi Raja Daud mengumpulkan askar-askar yang terbaik di Israel, sebanyak tiga puluh ribu orang. Baginda memimpin mereka ke Baale di Yehuda, untuk mengambil Tabut Perjanjian yang disebut dengan nama TUHAN Yang Maha Kuasa, yang bertakhta di atas kerub. Mereka mengambil Tabut Perjanjian itu dari rumah Abinadab di atas bukit, lalu meletakkannya di atas sebuah kereta lembu yang baru. Kereta lembu itu diiringi oleh anak-anak Abinadab, Uza, dan Ahio. Uza berjalan disamping kereta lembu itu, dan Ahio berjalan di hadapannya. Raja Daud dan semua orang Israel berjalan di hadapan Tabut Perjanjian sambil menari dan menyanyi dengan segenap tenaga mereka untuk menghormati TUHAN. Mereka bermain kecapi, gambus, rebana, kelentung, dan ceracap. Apabila mereka sampai di tempat mengirik gandum kepunyaan Nakhon, lembu-lembu itu tergelincir, lalu Uza menghulurkan tangan dan memegang Tabut Perjanjian. Pada saat itu juga TUHAN Allah murka dengan Uza dan membunuh dia, kerana perbuatannya itu merupakan penghinaan kepada TUHAN. Uza mati di sebelah Tabut Perjanjian. Itulah sebabnya tempat itu dinamakan Peres-Uza. Raja Daud murka kerana TUHAN telah membinasakan Uza. Tetapi Raja Daud takut juga akan TUHAN. Raja Daud bertitah, “Sekarang bagaimanakah beta dapat membawa Tabut Perjanjian itu?”
Kongsi
Baca 2 SAMUEL 6
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video