Orang berkata, “Kita dibenarkan melakukan segala sesuatu.” Betul, tetapi tidak semuanya berfaedah. “Kita dibenarkan melakukan segala sesuatu” - tetapi tidak semua perkara yang kita lakukan membina kehidupan kita. Janganlah seorang pun lakukan sesuatu untuk kepentingan diri sendiri sahaja, tetapi lakukanlah sesuatu untuk kepentingan orang lain. Kamu boleh makan apa sahaja yang dijual di pasar daging. Janganlah bertanya apa-apa, supaya tidak mengganggu hati nurani kamu. Hal itu demikian, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Bumi ini dan segala isinya milik Tuhan.” Jika kamu dijemput makan oleh seorang yang bukan Kristian, dan kamu menerima jemputan itu, maka makanlah makanan yang dihidangkan. Janganlah bertanya apa-apa, supaya tidak mengganggu hati nurani kamu. Tetapi jika seseorang berkata kepada kamu, “Makanan ini sudah dipersembahkan kepada berhala,” janganlah makan makanan itu, demi kebaikan orang itu dan demi hati nurani. ( Maksudku bukan hati nurani kamu, tetapi hati nurani orang itu.) Mungkin orang bertanya, “Mengapa kebebasanku harus dibatasi oleh hati nurani orang lain? Jika aku bersyukur kepada Allah bagi makananku, mengapa orang harus mencela aku, padahal aku sudah bersyukur kepada Allah bagi makanan itu?”
Baca 1 KORINTUS 10
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: 1 KORINTUS 10:23-30
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video