Dekatkanlah telinga-Mu, ya TUHAN, dengarlah aku, kerana aku miskin dan sesak. Peliharakanlah nyawaku, kerana aku suci. Engkau Allahku; selamatkanlah hamba-Mu yang percaya kepada-Mu. Kasihanilah aku, ya TUHAN, kerana aku berseru kepada-Mu sepanjang hari. Gembirakanlah jiwa hamba-Mu, kerana kepada-Mu, ya Tuhan, kuangkatkan jiwaku. Kerana Engkau, ya Tuhan, baik dan sedia mengampuni, serta melimpahkan kasih kepada semua yang menyeru-Mu. Dengarlah, ya TUHAN, doaku; dan berilah perhatian kepada suara permohonanku. Dalam kesusahan aku akan berseru kepada-Mu, kerana Engkau akan menjawabku. Tiada tuhan seperti-Mu, ya Tuhan; dan tiada yang dapat melakukan apa yang Kaulakukan. Semua bangsa yang telah Kaujadikan akan datang menyembah-Mu, ya Tuhan; dan akan memuliakan nama-Mu. Kerana Engkau Maha Besar dan melakukan perkara yang menakjubkan; hanya Engkaulah Allah. Ajarlah aku jalan-Mu, ya TUHAN, aku akan melangkah dalam kebenaran-Mu; padukan hatiku, supaya takut akan nama-Mu. Aku akan memuji-Mu, ya Tuhan, Allahku, dengan sepenuh hatiku; dan aku akan memuliakan nama-Mu untuk selama-lamanya. Kerana sungguh melimpah kasih-Mu kepadaku; dan Engkau telah melepaskan jiwaku daripada kubur.
Baca Mazmur 86
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 86:1-13
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video