Info Pelan

Mengendalikan Pengaruh MediaSampel

Handling Media Influences

HARI 2 DARIPADA 21

Pemikiran utama minggu ini ialah, "Sampah masuk, sampah keluar. Perkara yang ada dalam hati saya ialah perkara yang keluar." Ingatkan ini semasa anda membaca ayat minggu ini, semasa berbincang, menonton video, dan semasa anda merenungkan interaksi anda dengan media sepanjang minggu ini. Berbincanglah tentang isi utama yang berikut sepanjang minggu ini:



• Media MEMANG mempengaruhi SIKAP dan TINDAKAN kita. Muzik, buku, rancangan televisyen, permainan, aplikasi, dan wayang ialah media.

• Apa-apa yang dipandang mata atau didengar telinga kita mempengaruhi hati dan fikiran kita serta tampak pada sikap dan tindakan kita.

• Tubuh kita mencernakan media sebagaimana kita mencernakan makanan. Mata dan telinga kita merupakan pintu masuk ke hati dan fikiran kita. Perkara yang kita benarkan masuk membentuk pemikiran dan perasaan kita. Kemudian mempengaruhi perbuatan dan pertuturan kita. Maka, ia memasuki mata dan telinga anda, membentuk otak dan hati anda, dan keluar daripada mulut dan tindakan anda.

• Kita mengetahui bahawa muzik memberikan kesan terhadap sikap, fikiran dan hati anda. Itulah sebabnya wayang mempunyai muzik asal filem. Itulah sebabnya wujudnya senarai audio video senaman. Muzik yang anda dengar MEMANG membentuk hati dan fikiran anda.
Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Handling Media Influences

Apa yang kita lihat dan dengar mempengaruhi hati dan fikiran kita, serta membentuk sikap dan tindakan kita. Adakah Alkitab betul-betul mengatakan sesuatu tentang media yang belum dicipta pada zaman Alkitab? Ya! Pelan bac...

More

We would like to thank Life.Church for providing this plan. For more information, please visit: www.life.church/kids

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami