Info Pelan

Mengendalikan Pengaruh MediaSampel

Handling Media Influences

HARI 1 DARIPADA 21

Bacaan hari ini menetapkan tema untuk kajian ini. Media telah mempengaruhi kita sejak mulanya, bukan pada zaman teknologi sahaja. Imej yang kita lihat, muzik yang kita dengar, dan kepelbagaian media lain mengubah hati dan fikiran kita lalu membentuk sikap dan tindakan kita. Pelan ini tidak bertujuan menetapkan peraturan atau batasan baru yang lebih ketat. Itu akan menjadi satu lagi kod moral sembarangan yang akan ditolak oleh kanak-kanak kemudian. Matlamat pelan ini ialah menetapkan semula hati dan fikiran kita serta menumpukannya pada hubungan kita dengan Kristus.



Beritahu kanak-kanak siapa mereka itu. Tunjukkan tujuan hubungan kepada mereka. Cabar mereka untuk mempergunakan teknologi dan media dalam hidup kita dengan sebaik-baiknya untuk mengarahkan orang lain kepada Kristus, kemudian berkongsi kasih Allah, dan akhirnya mendekatkan kita kepada Dia. Petikan yang akan dibaca ialah tentang sebab dan cara, bukan hal yang boleh dilakukan dan hal yang tidak boleh dilakukan. Semasa kita mengarahkan kanak-kanak ke arah hubungan yang semakin mendalam dengan Allah, Dia akan berbicara kepada setiap seorang daripada mereka tentang cara mereka menggunakan media dan mendedahkan bagaimana mereka membenarkan media untuk menggunakan mereka. Baca petikan dan soalan perbincangan yang berikut:



Apakah maksud mendambakan perkara duniawi?

Perkara apakah yang kita harus damba?

Apakah idea anda tentang cara keluarga kita boleh mengarahkan semula perdambaan kita akan perkara duniawi kepada perkara yang berasal daripada Allah?
Hari 2

Perihal Pelan

Handling Media Influences

Apa yang kita lihat dan dengar mempengaruhi hati dan fikiran kita, serta membentuk sikap dan tindakan kita. Adakah Alkitab betul-betul mengatakan sesuatu tentang media yang belum dicipta pada zaman Alkitab? Ya! Pelan bac...

More

We would like to thank Life.Church for providing this plan. For more information, please visit: www.life.church/kids

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami