Info Pelan

Pengajaran Terakhir: Pelan Minggu SuciSampel

The Final Lessons: A Holy Week Plan

HARI 2 DARIPADA 10

Penyembahan

Selamat datang ke Minggu Suci—hari ini bermula dengan hari Minggu Palma dan kita mempelajari pengajaran kedua tentang mengikuti Yesus (pertama adalah mengorbankan yang terbaik): menyembah-Nya.

Baca Yohanes 12:12-19.

Orang ramai berasa kagum dengan apa yang telah dilakukan Yesus terhadap Lazarus. Saya dapati seronok melihat orang ramai menyembah dan bukan berasak-asak meminta penyembuhan daripada-Nya. Dengan kekaguman terhadap perbuatan-Nya, mereka hanya dapat menyembah.

Jika anda berada di kalangan orang ramai pada hari itu, apakah respons anda?

Saya bayangkan ramai orang akan berada di sana tetapi membelakangi Dia, mengangkat iPhone dengan tinggi untuk mengambil swafoto yang sempurna semasa Yesus berlalu di situ, bersedia untuk hantar tentang melihat @YesusKristus ditandakan dengan #hosanna. Kemudian, kita mungkin menyegar semula app kita beberapa kali untuk melihat siapa yang suka kerana kita telah melihat Yesus, dan barangkali Yesus sendiri menyukainya kerana kita telah menandai-Nya.

Kita telah kehilangan kesederhanaan Yesus dalam kekacauan media kita. Budaya kita mengukuhkan bahawa sebahagian besar kehidupan, ya, termasuk hubungan kita dengan Yesus, adalah tentang kita.

Orang ramai tersebut memahaminya. Ia adalah tentang Yesus.

Hosanna adalah satu bentuk pujian, tetapi ia jugalah satu perkataan yang digunakan untuk bercakap tentang keselamatan, pertolongan atau penyelamatan—untuk memohonnya atau mengkhabarkan bahawa ia telah tiba.

Daripada apakah Allah telah selamatkan anda pada masa lalu?

Daripada apakah yang anda perlukan keselamatan Allah pada masa ini?

Marilah mengakhiri hari ini dengan menyanyikan Hosanna versi moden. Semasa anda nyanyi, biarlah kata-katanya menjadi doa anda. Semasa anda menyanyikan kata-kata Hosanna, bayangkan daripada apakah yang anda perlu Allah selamatkan anda. Semasa anda menyanyikan kata-kata Hosanna, jadikannya doa kesyukuran sementara anda mengenangkan daripada apa yang telah Dia selamatkan anda dahulu.

Ya, Tuhan, kami meminta agar Engkau akan, “Pulihkan hatiku. B'rikanku mata seperti mata-Mu. Ajarku mengasihi. Seperti-Mu. Lembutkanlah hatiku. Agarku hidup hanya bagi-Mu. Di sepanjang umurku 'tuk s'lamanya. Hosanna. Hosanna. Hosanna termulia.”

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

The Final Lessons: A Holy Week Plan

Marilah kita perlahankan diri pada Minggu Suci ini dan belajar daripada hari-hari terakhir Kristus di bumi ini. Tiap-tiap hari, kita akan menerima pengajaran atau kurnia yang Dia mengambil masa untuk berikan. Adakah anda...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Becky Kiser bersama dengan Sacred Holidays kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sacredholidays.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami