Info Pelan

Pengajaran Terakhir: Pelan Minggu SuciSampel

The Final Lessons: A Holy Week Plan

HARI 6 DARIPADA 10

Kegembiraan dan Kesejahteraan

Pada kalendar agama, hari ini merupakan hari Khamis Suci—hari kita meraikan apa yang berlaku pada perjamuan terakhir Tuhan bersama dengan murid-murid. Kita sudah berada pada meja itu untuk beberapa hari.

Pertimbangkan beberapa perkara yang berlaku di meja itu dalam bacaan kita sebelum ini. Apakah perkara yang paling penting kepada anda?

Marilah kita mendengar perkara terakhir yang dikatakan Yesus kepada murid-murid.

Baca Yohanes 16:16-33.

Kadang-kadang saya rasa keliru seperti murid-murid itu semasa membaca kata-kata Yesus. Saya perlu memperlahankan diri sehingga hujah-Nya menjadi jelas.

Semasa anda membaca petikan ini, apakah dua perkara utama yang dikatakan Yesus akan dimiliki kita dalam-Nya?

Saya ingat sebelum saya menjadi seorang Kristian, orang lain akan bercakap tentang kesejahteraan dan kegembiraan yang kita akan peroleh dalam Tuhan seolah-olah mereka cuba mencapai persetujuan dalam keselamatan saya. Saya berasa keliru tentang kesejahteraan dan kegembiraan yang saya perhatikan dalam ramai pengikut Kristus—ia kelihatan dibuat-buat; boleh dikatakan diada-adakan.

Selepas saya menjadi seorang Kristian, saya sedar bahawa ia sebenarnya suatu topeng yang ramai orang rasa mereka perlu kenakan. Menyedari bahawa kita seharusnya memiliki kesejahteraan dan kegembiraan dalam Kristus, kita melepa senyuman, mengangkat tangan dan memberikan respons “saya diberkati”. Tiada ruang untuk bergumul.

Dalam petikan ini, Yesus menyatakan dengan jelas bahawa kita akan menghadapi kesukaran. Ia tidak dapat dielakkan. Wujudnya kebebasan yang besar dalam kesedaran ini. Tiada orang yang mempunyai segala sesuatu yang dikehendaki; tiada kehidupan yang sempurna. Walau bagaimanapun, “kesedihan kamu itu akan berubah menjadi kegembiraan” (ayat 20) dan “kamu beroleh kesejahteraan kerana bersatu dengan Aku” (ayat 33).

Mengapakah kesedihan kita akan berubah menjadi kegembiraan dan kita akan beroleh kesejahteraan? (Baca semula ayat 33)

Betapa menggembirakan! Betapa menyejahterakan! Yesus Kristus, Penebus kita, mengatakan bahawa Dia telah mengalahkan dunia!

Kesejahteraan yang diberi-Nya didefinisikan dalam Yohanes 14:27,“Kesejahteraan Aku tinggalkan dengan kamu; kesejahteraan-Ku sendiri yang Aku berikan kepada kamu. Kesejahteraan yang Aku berikan kepada kamu bukan seperti yang diberikan oleh dunia.” Kesejahteraan Allah kelihatan berbeza daripada kesejahteraan yang digambarkan oleh dunia ini. Dalam petikan ini, Yesus mengatakan bahawa kesejahteraan ditemui dalam Roh Kudus.

Cabaran saya kepada anda pada hari ini adalah agar anda mencari-Nya sahaja untuk menemukan kesejahteraan dalam apa jua percubaan yang dihadapi. Temui kegembiraan anda dalam-Nya. Ia akan ditemui. Yesus berkata dalam Yohanes 16:24, “Mintalah, lalu kamu akan menerimanya, supaya kegembiraan kamu sempurna.”

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

The Final Lessons: A Holy Week Plan

Marilah kita perlahankan diri pada Minggu Suci ini dan belajar daripada hari-hari terakhir Kristus di bumi ini. Tiap-tiap hari, kita akan menerima pengajaran atau kurnia yang Dia mengambil masa untuk berikan. Adakah anda...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Becky Kiser bersama dengan Sacred Holidays kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.sacredholidays.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami