Info Pelan

Kursus Pra-PerkahwinanSampel

The Pre-Marriage Course

HARI 4 DARIPADA 5

Hubungan


Bagaimana kita mengekalkan kasih kita dan terus berhubungan sepanjang perkahwinan?



Meluangkan masa yang istimewa bersama


Mengekalkan kasih adalah pilihan yang sengaja. Ini termasuk:




  • melabur dalam persahabatan kita dengan terus melakukan perkara yang disukai bersama-sama

  • mewujudkan tabiat berhubungan setiap hari antara satu sama lain secara lisan dan dari segi emosi

  • mengatur janji temu mingguan dengan pasangan kita demi mengekalkan rasa cinta, keseronokan dan kasih yang sedang bertumbuh


Ketahui keperluan emosi pasangan anda


Pengetahuan tentang apa yang membuat pasangan kita rasa dikasihi membina hubungan yang mendalam antara satu sama lain dan membolehkan kita untuk mengasihi dengan berkesan. Kita mungkin sangat berbeza daripada pasangan kita dari segi cara kita memberikan dan menerima kasih.



Lima bahasa kasih




  1. Kata-kata penyayang

  2. Hadiah yang difikirkan dengan teliti

  3. Kasih sayang fizikal

  4. Masa berkualiti

  5. Perbuatan baik


Kelima-lima cara menyatakan kasih tersebut adalah penting dalam setiap perkahwinan, tetapi biasanya terdapat satu atau dua daripada cara itu yang mengkomunikasikan kasih dalam cara yang kita fahami dan suka terima.



Selepas anda menyelesaikan renungan hari ini, layari www.5lovelanguages.com untuk melengkapkan borang soal selidik yang ringkas untuk mengesahkan tertib kepentingan lima bahasa tersebut bagi anda. 



Ajaran tentang Lima Bahasa Kasih diadaptasi daripada buku laris Dr Gary Chapman, The 5 Love LanguagesⓇ: The Secret to Love That Lasts (© 2015). Diterbitkan oleh Northfield Publishing. Digunakan dengan kebenaran.



Bagaimana membina hubungan seksual yang baik


Seks mengikat kita bersama, bukan dari segi fizikal sahaja, tetapi dari segi emosi, fisiologi dan rohani.



Bagaimana membina dan mengekalkan pola seks yang baik dalam perkahwinan:



1. Menyelaraskan hati anda



Bersedia untuk bercakap




  • bercakap tentang seks memerlukan keberanian kerana topik ini menghendaki kita untuk bersifat lemah antara satu sama lain

  • beritahu satu sama lain tentang perkara yang merangsang anda dan perkara yang melemahkan nafsu untuk bersetubuh


Menamatkan hubungan seksual masa lalu




  • hubungan masa lalu boleh menimbulkan kecemburuan dan ketidakpercayaan

  • jika perlu, putuskan hubungan media sosial dengan orang yang menarik perhatian anda pada masa lalu dan hapuskan e-mel / pesanan ringkas / gambar


2. Berfikir dengan baik



Seks yang baik sangat berkaitan dengan keadaan fikiran kita




  • penuhi fikiran anda dengan perkara yang indah, mulia dan saling menghormati tentang seks

  • bercakap tentang jangkaan anda dan sebarang rasa takut tentang persetubuhan


Masalah yang timbul daripada penderaan atau trauma seksual yang lain daripada masa lalu mungkin memerlukan bantuan profesional.



Sekiranya pornografi adalah isu dalam hubungan anda, berbuallah secara berterus terang dan tidak menilai dengan pasangan anda. Mengambil langkah untuk mengubah tabiat anda akan mendatangkan kesan yang amat positif terhadap hubungan anda dan akan menjadikan seks yang baik kenyataan dalam perkahwinan.



Harga diri dan imej tubuh badan yang rendah mempengaruhi respons seksual kita




  • bina keyakinan pasangan anda dengan memberitahunya betapa cantik dan menariknya ia kepada anda

  • terus mengagumi tubuh satu sama lain, seperti yang dilakukan berulang kali oleh kekasih dalam Kidung Agung


3. Sediakan tubuh anda



Terdapat perbezaan yang penting antara lelaki dan perempuan dari segi kebangkitan nafsu berahi.




  • ketahui daripada pembacaan dan perbualan tentang apa yang membangkitkan nafsu pasangan anda

  • berikan masa yang mencukupi untuk persediaan dan kebangkitan nafsu berahi semasa persetubuhan


Mewujudkan suasana kepercayaan.




  • seks yang baik bergantung pada membenarkan lingkungan lain hubungan kita untuk berkembang

  • terdapat hubungan yang kuat antara menyerahkan diri kepada satu sama lain melalui ikrar perkahwinan kita dan menyerahkan diri dalam hubungan seksual kita

  • amalkan kawalan kendiri – ini adalah penting apabila kita mendapati diri tertarik kepada orang lain yang bukan pasangan kita

Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

The Pre-Marriage Course

Perkahwinan yang kuat tidak terbentuk secara automatik. Harapan kami adalah anda akan menyedari sikap, nilai dan tabiat yang diperlukan untuk membina perkahwinan yang sihat dan kuat, yang akan kekal sepanjang hayat. Pela...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Alpha kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://themarriagecourse.org/try/the-pre-marriage-course

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami