Info Pelan

Kursus Pra-PerkahwinanSampel

The Pre-Marriage Course

HARI 1 DARIPADA 5

Komunikasi


Komunikasi yang baik adalah komponen yang penting bagi perkahwinan yang sihat. Setelah kami berkahwin barulah kami menyedari bahawa beberapa daripada tanggapan terdalam kami tentang kehidupan tidak dikongsi di serata dunia.



Kita adalah berbeza dari segi cara kita berkomunikasi, dan ini dipengaruhi oleh:




  • personaliti kita

  • latar belakang kita

1. Personaliti kita



Ekstrovert

Pasangan kita mungkin cenderung memproses fikiran secara luaran. Dengan kata lain, ia cenderung tersebut apa yang difikirkan.



Introvert

Pasangan kita mungkin cenderung mengatur fikiran dalam kepala dahulu sebelum bercakap.



Analitis

Pasangan kita mungkin menyelesaikan perkara secara teratur dan mungkin mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan.



Intuitif

Pasangan kita mungkin kerap bertindak mengikut gerak hati dan ada kalanya membuat kesimpulan tergesa-gesa.



Bercakap secara terus terang tentang perbezaan personaliti tersebut dan menerima perbezaan tersebut adalah penting jika kita inginkan perkahwinan yang kuat.



2. Latar belakang keluarga kita



Sesetengah keluarga adalah diam, yang lain pula lebih bising. Sesetengah keluarga bersifat tidak tetap pendirian, yang lain pula lebih tenang. Sesetengah keluarga bercakap secara bergilir, yang lain pula kerap mencelah percakapan orang lain.



Kita perlu mengenal pasti ciri komunikasi yang biasa dalam setiap daripada keluarga kita, terutamanya jika salah seorang daripada anda berasal daripada keluarga yang mengucapkan perbezaan dengan segera sementara keluarga pasangan anda pula cenderung menangguh atau mengelak daripada bercakap tentang pandangan yang bertentangan.



Halangan komunikasi yang baik


1. Kegagalan untuk meluangkan masa



Menguntukkan masa untuk perbualan yang bermakna secara tetap.




  • masukkan masa ini dalam kalendar anda (ini tidak berlaku begitu sahaja)

  • lindungi masa ini daripada gangguan dan sampukan, terutamanya daripada telefon dan skrin yang lain.


Tahu hendak menghentikan segala sesuatu dan mendengar pasangan anda.



2. Kegagalan menyatakan perasaan kita



Sesetengah orang perlu belajar bercakap tentang perasaan mereka kerana mereka mungkin tidak mempunyai model peranan semasa membesar




  • anda mungkin mendapati bercakap tentang perasaan anda adalah sukar kerana rasa kekurangan atau kelemahan, ataupun kerana takut akan reaksi orang lain.

  • beranikan diri untuk mempercayai pasangan anda dengan perasaan anda. 

  • jika pasangan anda bergelut untuk menyatakan perasaannya, pastikan anda mendengar tanpa menilai atau mengkritiknya.


Berkongsi fikiran dan perasaan yang terpendam dalam lubuk hati kita adalah penting untuk membina perkahwinan yang kuat.



3. Kegagalan mendengar satu sama lain



Mendengar adalah amat penting untuk membina dasar pemahaman dan keintiman dalam perkahwinan.



Tidak didengari amat memudaratkan hubungan. Manakala, apabila seseorang itu mendengar kita, kita rasa:




  • difahami

  • dihargai

  • disokong

  • dikasihi


Kebanyakan daripada kita mempunyai tabiat pendengaran yang buruk dan harus ditangani, misalnya:




  • tidak memberikan tumpuan semasa pasangan kita sedang bercakap dengan kita

  • terkeluar tajuk dengan cerita sendiri

  • memberikan nasihat serta-merta dan bukannya berasa empati dengan perasaan pasangan kita

  • membatalkan ketakutan mereka atau penyataan emosi negatif mereka dengan sentiasa menenangkan hati mereka bahawa keadaan akan menjadi okey

  • Mencelah kata-kata pasangan dengan pandangan sendiri atau menghabiskan kata-kata mereka

Bagaimana mendengar


Kesabaran diperlukan untuk belajar cara mendengar secara efektif. Pendengaran efektif bermaksud:




  • membenarkan pasangan untuk menghabiskan kata-katanya

  • mengetepikan agenda diri sendiri dan cuba memandang dunia melalui mata pasangan

  • berusaha untuk memahami mereka apabila mereka fikir atau berasa berbeza daripada kita 

Hari 2

Perihal Pelan

The Pre-Marriage Course

Perkahwinan yang kuat tidak terbentuk secara automatik. Harapan kami adalah anda akan menyedari sikap, nilai dan tabiat yang diperlukan untuk membina perkahwinan yang sihat dan kuat, yang akan kekal sepanjang hayat. Pela...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Alpha kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://themarriagecourse.org/try/the-pre-marriage-course

Pelan yang Berkaitan

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami