Info Pelan

Gaya Hidup PengampunanSampel

A Lifestyle of Forgiveness

HARI 3 DARIPADA 5

Senarai Contoh



Yang berikut merupakan beberapa contoh kejengkelan kecil sehari-hari yang berlaku kepada semua orang – perkara yang mungkin membuat kita kesal atau marah, tetapi mungkin dimaafkan dengan segera. 



· Pemandu di lorong kiri. Ini merupakan kejengkelan peribadi saya. Saya tinggal di bandar, dan kebanyakan masa terdapat dua lorong lalu lintas…mengapa pemandu yang perlahan bertekad untuk menghalang lorong kiri? Hei, saya tergesa-gesa betul! Saya ada pilihan – saya boleh memandu di belakang mereka, tidak sabar dan jengkel, bercakap kepada mereka dan tentang mereka ("Kawan, kamu seorang sajakah pengguna jalan? Kamu menumpukan perhatiankah? Ke tepi!") atau saya boleh memberkati dan memaafkan mereka. Sesungguhnya adakah ketidaksabaran saya memberi manfaat? Atau adakah ketidaksabaran saya menaikkan tekanan darah saya dan membina tabiat ketidakmaafan saya? Maafkan mereka, Tuhan. Berkatlah mereka. 



· Jiran. Terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan oleh jiran untuk membuat anda marah. Anjing yang bising. Muzik yang kuat. Jeritan yang kuat. Apa-apa dan semua bentuk kebisingan. Laman yang tidak teratur dan kotor. Lampu terang yang menyinar masuk ketika anda cuba tidur. Membiarkan anjing mereka membuang air besar di laman anda. Meninggalkan tong sampah mereka di luar. Meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya. Mengadu tentang anda kerana terlalu bising, atau membiarkan anjing anda berlari bebas, atau tidak memotong rumput anda, atau bermain mercun, atau meletakkan kereta di tempat yang tidak sepatutnya. Bagaimana keadaan anda, marah tentang semua itu? Mungkin memaafkan mereka adalah lebih baik…dan menjadi kesaksian yang lebih baik…dan membenarkan Allah untuk bergerak dalam situasi itu. Matius 19:19 mengatakan, kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri. Ayat itu tidak berkata "jika mereka layak".  



· Orang yang tinggal bersama dengan anda. Orang yang sering berada di sekeliling kita ialah orang yang paling berpotensi untuk menjengkelkan, menyinggung perasaan, atau menyakiti kita. Kita menghabiskan banyak masa dengan mereka dan kita mengharapkan lebih daripada mereka. Walau bagaimanapun, orang akan selalu mengecewakan dan menjengkelkan kita (termasuk orang yang dikasihi) – sebagaimana kita mengecewakan dan menjengkelkan mereka. Daripada berpaut pada kejengkelan tersebut (atau menggunakan kejengkelan tersebut sebagai senjata dalam pertengkaran seterusnya), bagaimana jika kita menyasarkan untuk mencapai kedamaian dan memaafkan dengan cepat dan mudah? Yakobus 3:17 menyatakan, apabila seseorang memiliki kebijaksanaan yang berasal dari syurga, maka dia bersifat murni, mencintai kedamaian, lemah lembut dan ramah-tamah. Dia juga bersikap belas kasihan serta mengamalkan segala jenis perbuatan baik. Dia tidak bersikap berat sebelah dan tidak munafik atau bertalam dua muka(AVB).


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

A Lifestyle of Forgiveness

Kita semua pernah mengalami perkara-perkara besar dan menyakitkan, dan pengampunan merupakan kunci untuk membebaskan diri daripada luka masa lalu. Namun, bagaimana jika kita berusaha untuk menjalani gaya hidup pengampuna...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Karen Jensen Salisbury kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://karenjensen.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami