Info Pelan

Gaya Hidup PengampunanSampel

A Lifestyle of Forgiveness

HARI 1 DARIPADA 5

Kejengkelan Setiap Hari



Setiap hari terdapat banyak peluang untuk berasa jengkel, marah, membalas dendam, atau menaruh dendam. Sesungguhnya kita mudah tersinggung, bukan? Perkara remeh-temehlah yang sering kali menjengkelkan kita. Alkitab mengatakan bahawa rubah yang kecil merosakkan ladang anggur (Kidung Agung 2:15). 



Kita hidup dalam masyarakat yang cepat menyalahkan, cepat marah atau dibebani, dan cepat meluahkan perasaan tentang perkara yang mengganggu kita. Walau bagaimanapun, semua itu bertentangan dengan cara Allah mahu kita untuk menjalankan hidup. 



Sebagai contoh, pada suatu hari, saya membawa kereta suami saya ke bengkel, dan ketika saya pergi membayar, seorang pekerja kereta terpakai sedang berbual dengan juruwang di hadapan saya. 



Apabila tiba giliran saya, saya hampir tertawa melihat wajah juruwang tersebut. Mukanya berkerut dan ia menjegil-jegilkan mata dengan marah. 



“Hai,” saya berkata sambil menyerahkan bil saya kepadanya. Ia membalas dengan mengesat mukanya dan menghembuskan nafas, seolah-olah menjentik serangga bedebah.



Jadi saya bertanya, “Kamu okey?” 



Ia memandang pekerja tadi dengan marah dan berkata, “Bau minyak wanginya terlalu kuat! Sangat menjengkelkan.” Segala sesuatu tentang nada dan perilakunya mengatakan, “Berani dia memakai minyak wangi itu!” Ia jelasnya tersinggung. 



Saya berjaya menahan diri daripada ketawa, tetapi saya berfikir, “Memang mudah untuk rasa tersinggung, bukan? Walaupun kerana perkara yang remeh!” Saya sedih perkara itu memberikan kesan yang buruk kepadanya, tetapi saya tertanya-tanya jika ia akan membenarkan peristiwa ini untuk mempengaruhi seluruh hari itu. 



Kadang-kadang perkara seperti itu berlaku, bukan? Sengaja atau tidak sengaja, seseorang membuat kita marah, walaupun kejengkelan yang kecil, dan kita membenarkannya untuk menjengkelkan kita sepanjang hari.



Namun, bagaimana kalau kita begitu mahir memaafi dengan cepat dan mudah sehinggakan daripada memberitahu semua orang bahawa kita tersinggung, kita tidak menyedari perkara tersebut? 


Hari 2

Perihal Pelan

A Lifestyle of Forgiveness

Kita semua pernah mengalami perkara-perkara besar dan menyakitkan, dan pengampunan merupakan kunci untuk membebaskan diri daripada luka masa lalu. Namun, bagaimana jika kita berusaha untuk menjalani gaya hidup pengampuna...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Karen Jensen Salisbury kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://karenjensen.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami