Info Pelan

Peranan Gereja dalam Perkelahian BudayaSampel

The Role of the Church in Cultural Clashes

HARI 3 DARIPADA 7

Impak Sebenar  



Kini, boling telah menjadi agak canggih. Anda boleh membeli seluar boling yang cantik, kasut boling, kemeja boling, sarung tangan boling, dan bola boling yang ditempah khas. Anda boleh memegang bola di bawah dagu dan merenung lorong itu. Kemudian, ambil tiga langkah, bawa bola ke belakang, pusing pergelangan tangan, kaki kanan ke depan, dan baling bola ke lorong. Anda boleh kelihatan baik sebagai pemain boling. Akan tetapi, jika bola anda memasuki longkang, anda cumalah orang gagal yang kelihatan baik. Walau bagaimana baik rupa anda sekalipun, jika pin itu masih berdiri, anda sudah gagal sebagai pemain boling. Kejayaan hanya diukur berdasarkan bilangan pin yang dijatuhkan. Kejayaan diukur melalui impak.



Sebuah gereja boleh dikenali kerana bangunan, harta tanah dan programnya. Gereja boleh kelihatan baik di luar. Namun, jika gereja itu tidak memajukan kerajaan Allah, menyebarkan injil, menghasilkan murid dan melayani keperluan komuniti, maka gereja itu cumalah satu kegagalan yang kelihatan baik. Satu-satu caranya untuk menilai gereja dengan betul adalah melalui impaknya. 



Jika gereja ingin memberikan impak terhadap masyarakat, kita mesti menyedari bahawa kita adalah sebahagian daripada kerajaan mapan di mana Allah menggubal peraturannya. Salah satu peraturan-Nya untuk gereja adalah kita harus bersatu merentasi garis ras, ekonomi, budaya, dan politik. Apabila gereja menerima kepelbagaian, barulah kita akan menjadi tempat perlindungan sebagaimana yang direka bentuk oleh Allah. Pada masa itulah gereja boleh memberikan impak terhadap dunia yang dipenuhi orang sesat demi kerajaan Allah.



Apakah beberapa cara praktikal di mana gereja boleh memberikan impak terhadap komunitinya?


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

The Role of the Church in Cultural Clashes

Bagaimana mungkin rasisme dan ketaksaksamaan memusnahkan budaya kita? Lihatlah bilangan gereja. Terdapat kira-kira 300,000 buah gereja di Amerika. Maksudnya 300,000 khutbah, kebaktian penyembahan dan perhimpunan minggu d...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada The Urban Alternative (Tony Evans) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://tonyevans.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami