Info Pelan

Peranan Gereja dalam Perkelahian BudayaSampel

The Role of the Church in Cultural Clashes

HARI 1 DARIPADA 7

Definisi Sebenar  



Kebanyakan masa apabila kita menggunakan istilah "gereja" hari ini, kita memaksudkan tempat di mana orang boleh pergi untuk menemukan dorongan, pengajaran, dan persekutuan. Walau bagaimanapun, sementara semua ini adalah perkara yang baik, apabila kita membataskan diri kepada perkara ini sahaja, kita mengurangkan perkataan itu daripada makna yang telah diniatkan. Jadi, apakah definisi sebenar bagi gereja? Gereja bukan kelab sosial. Gereja bukan tempat di mana orang datang, dihiburkan, dan pergi terasa seronok. Gereja bukan tempat untuk menemukan motivasi. Tidak juga kota kara untuk parti politik rasmi. 



Menjadi sebahagian daripada gereja Yesus Kristus, seperti yang didefinisikan oleh Yesus, bermaksud menjadi sebahagian daripada tubuh perundangan rohani yang ditugaskan untuk melaksanakan sudut pandangan syurga dalam masyarakat neraka. Di tengah-tengah tempat yang berperang dan berkonflik, Allah telah meletakkan ekklesia: sekumpulan orang yang telah dipanggil untuk membawa tadbir urus Allah kepada aplikasi dan amalan manusia yang relevan. 



Gereja merupakan komuniti individu yang dihubungkan dari segi rohani dengan tujuan mencerminkan dan menggubal nilai kerajaan Allah. Perhatikan bahawa ini melibatkan penjalinan bahagian demi bahagian untuk membentuk sesuatu yang lebih besar dan lebih berkuasa. Itulah sebabnya mengapa perpaduan adalah begitu penting untuk tubuh Yesus. Yesus tidak berkata bahawa Dia akan membina gereja berkulit hitam, gereja berkulit putih, gereja hispanik, gereja Baptis atau gereja tanpa denominasi. Dia hanya berkata bahawa Dia akan membina gereja-Nya. 



Dari segi apakah kita telah salah mendefinisikan gereja?


Hari 2

Perihal Pelan

The Role of the Church in Cultural Clashes

Bagaimana mungkin rasisme dan ketaksaksamaan memusnahkan budaya kita? Lihatlah bilangan gereja. Terdapat kira-kira 300,000 buah gereja di Amerika. Maksudnya 300,000 khutbah, kebaktian penyembahan dan perhimpunan minggu d...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada The Urban Alternative (Tony Evans) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://tonyevans.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami