Info Pelan

Doa yang BerbahayaSampel

Dangerous Prayers

HARI 2 DARIPADA 7

Kehendak-Mu Berlakulah 



Daripada doa yang panjang, kuat, dan berbunga-bunga, doa yang menggerakkan Allah adalah mudah, autentik, dan tulus ikhlas. Namun, mudah tidak sama dengan selamat. Itulah sebabnya saya terpaksa menulis ini. Kesilapan terbesar saya dalam kehidupan doa saya, sebab doa saya adalah lemah, adalah kerana saya berdoa dengan terlalu berhati-hati. Saya berada dalam zon selesa dengan Allah. Saya tidak bersemangat berkobar-kobar dan saya tidak dingin. Doa saya suam-suam kuku. Walau bagaimanapun, doa berhati-hati yang suam-suam kuku tidak mendekatkan kita kepada Allah atau membantu kita menyatakan kasih-Nya kepada dunia ini.



Doa memanglah berbahaya. Saya mula menyedari tentang idea doa ini semasa membaca tentang Yesus bercakap dengan Bapa-Nya di taman Getsemani, tidak lama sebelum Dia memberikan hidup-Nya pada salib. Menyedari apa yang bakal berlaku, Yesus menanya Allah sama ada terdapat cara yang lain. Kemudian Yesus, bukan murid atau orang biasa dalam Alkitab, tetapi Y-E-S-U-S, Anak Allah, mengucapkan doa penyerahan yang mudah dikecam dan berbahaya: "Tetapi janganlah turut kehendak-Ku, melainkan kehendak-Mu berlakulah" (Lukas 22:42).



Yesus tidak pernah meminta kita untuk melakukan sesuatu yang tidak dilakukan oleh-Nya. Dia memanggil kita untuk menjalankan hidup beriman, bukan kehidupan yang selesa. Daripada mendekati-Nya untuk gaya hidup bebas tekanan yang lebih selamat, dan lebih senang, Anak Allah mencabar kita untuk mengambil risiko mengasihi orang lain lebih daripada diri sendiri. Daripada menurutkan keinginan harian kita, Dia memanggil kita untuk menafikannya untuk sesuatu yang kekal. Daripada menjalankan hidup berdasarkan kemahuan diri, Dia memberitahu kita untuk memikul salib kita setiap hari dan mengikut teladan-Nya.



Saya bimbang bahawa bagi banyak orang, doa adalah seperti membeli tiket loteri, satu peluang untuk kehidupan yang bebas masalah, bebas tekanan, bebas penderitaan di bumi. Bagi orang lain, doa cumalah rutin sentimental, seperti mengucapkan lirik lagu kegemaran atau lagu dan puisi kanak-kanak yang digemari daripada zaman kanak-kanak. Bagi yang lain pula, mereka hanya berdoa kerana mereka rasa lebih bersalah jika mereka tidak berbuat demikian. 



Walau bagaimanapun, tiada antara doa ini mencerminkan kehidupan yang diberikan kepada kita oleh kedatangan Yesus. 



Sebaliknya, Dia memanggil kita untuk meninggalkan segala sesuatu untuk mengikut-Nya.



Yesus bukan sahaja mencabar orang lain untuk meninggalkan kehendak diri. Dia juga menjalankan kehidupan yang beriman berbahaya. Dia menyentuh pesakit kusta. Menunjukkan belas kasihan kepada pelacur. Dan berdiri berani semasa berhadapan dengan bahaya. Kemudian, Dia memberitahu kita bahawa kita dapat melakukan apa yang dilakukan-Nya—dan lebih banyak lagi.



Itulah sebabnya mengapa kita tidak boleh berpuas hati dengan meminta Allah untuk memberkati makanan kita sahaja atau "menyertai kita hari ini."



Kita diberitahu dalam Alkitab bahawa kita boleh "dengan penuh keberanian menghadap takhta Allah" (Ibrani 4:16a). Kita tidak perlu mendekati-Nya dengan rasa takut atau serba salah—kita boleh menghadap-Nya dengan keyakinan, kepastian, dan keberanian. Apabila kita berdoa dalam cara ini, "kita akan menerima belas kasihan-Nya dan mengalami kasih-Nya, pada masa kita memerlukan pertolongan" (Ibrani 4:16b).



Doa anda adalah penting.



Cara anda berdoa adalah penting.



Apa yang anda doakan adalah penting.



Doa. Anda. Menggerakkan. Allah.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Dangerous Prayers

Adakah anda berasa letih dengan amalan berhati-hati dengan iman anda? Adakah anda bersedia untuk menghadapi ketakutan anda, membina iman anda, dan melepaskan potensi anda? Pelan Alkitab 7 hari daripada buku Pastor Craig ...

More

Kami berterima kasih kepada Pastor Craig Groeschel dan Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.craiggroeschel.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami