Info Pelan

Doa yang BerbahayaSampel

Dangerous Prayers

HARI 1 DARIPADA 7

Mengapa Doa Anda Harus Bersifat Berbahaya 



Seperti banyak orang, bertahun-tahun lamanya saya bergelut untuk berdoa secara konsisten dan berkesan. Walaupun tujuannya baik, saya kerap dialihkan perhatian atau berasa bosan semasa berdoa. Sebagai pastor muda, seorang kawan saya meyakinkan saya bahawa sudah tiba masanya untuk berubah. Sudah terlalu lama, saya tahan dengan doa yang tidak beriman tetapi menyedari bahawa Allah inginkan lebih banyak daripada saya, dan saya ingin mengenali-Nya dengan lebih intim lagi.



"Hei, Craig, adakah kamu mempercayai bahawa Allah masih melakukan mukjizat?"



"Sudah tentu," saya membalasnya.



"Bagus—kerana doa kamu sangat lemah."



Saya cuba bergelak dengannya, tetapi gurauan kawan saya menusuk hati—sebahagian besarnya kerana ia betul.



Tidak dapat berkata-kata, saya tidak mempertahankan diri apabila saya memproses kebenaran pemerhatiannya. Saya tidak dapat menafikan bahawa ia telah menyatakan rahsia yang sudah saya sedari tetapi tidak mahu akui: doa saya memang menyedihkan.



Pelan ini adalah untuk sesiapa yang rasa terperangkap dalam lopak doa, mengucapkan doa yang berulang, dapat diramalkan, dan selamat.



Kita melayani Allah yang boleh melakukan lebih daripada apa yang dapat diminta atau dibayangkan oleh kita. Jadi, sudah tiba masanya untuk berhenti berhati-hati. Kita tidak dicipta untuk kehidupan yang selesa. Kita penuh semangat dan berkuasa, ditugaskan untuk mengubah dunia secara radikal! Saya percaya pelan ini akan mendorong anda untuk merempuh rintangan dan akan memberikan anda ilham untuk berdoa secara berbahaya dan untuk hidup dengan berani.



Apabila saya mengkaji Alkitab dengan lebih kerap, saya berasa kagum dengan kepelbagaian doa yang diucapkan oleh umat Allah. Mereka bukan sahaja berdoa tentang perkara yang sangat peribadi—untuk mendapat anak, contohnya (1 Sam 1:27)—tetapi doa mereka juga sering kali bersifat praktikal, untuk makanan dan bekalan keperluan (Mat 6:11) dan pembebasan daripada musuh mereka (Mzm 59:2-3). Ada kalanya mereka seolah-olah berbisik secara lembut kepada Allah yang penyayang. Pada masa lain, mereka menjerit kepada-Nya dalam penderitaan dan kehampaan.



Doa mereka adalah jujur. Terdesak. Berapi-api. Berani. Benar. Saya pula berdoa agar Allah memelihara saya dan memberkati burger dan kentang saya.



Kawan saya memang betul.



Doa saya memang lemah.



Anda mungkin dapat mengaitkan diri dengan situasi saya. Anda bukannya tidak mempercayai doa. Anda percaya. Namun, anda rasa terperangkap. Anda berdoa tentang pergelutan yang sama dan permintaan yang sama. Dalam cara yang sama. Pada waktu yang sama. Jika anda berdoa. Anda mungkin sedar bahawa anda harus berdoa dengan lebih kerap. Dengan lebih bersemangat. Lebih beriman. Anda ingin bercakap kepada Allah dan untuk mendengar-Nya, untuk berkongsi perbualan intim seperti perbualan anda dengan pasangan atau kawan karib anda. Anda betul-betul ingin berbuat demikian tetapi tidak pasti bagaimana melakukannya. Jadi, doa anda tetap selamat.



Hambar. Mambar. Boleh diramalkan. Tidak menarik. Membosankan.



Panggilan kejut kawan saya meyakinkan saya bahawa sudah tiba masanya untuk berubah dalam kehidupan doa saya. Sudah terlalu lama, saya tahan dengan doa yang membosankan, tidak beriman, dan sebahagian besarnya kosong. Saya sedar bahawa Allah inginkan lebih banyak daripada saya, dan saya ingin mengenali-Nya dengan lebih intim lagi, meskipun saya rasa berat tentang apa yang dikehendaki daripada saya.



Apabila kita cuba berkomunikasi dengan Allah dalam doa yang benar, mudah dikecam, dan intim, Dia tidak membaluti kita dalam gelembung keselamatan rohaniah. Sebaliknya, Dia memecahkan gelembung apakah-keuntungannya-bagi-saya kita dan menjemput kita untuk mempercayai-Nya apabila kita tidak tahu apa yang harus dilakukan seterusnya. Sesetengah hari, kita rasa berbahagia. Pada hari lain kita menghadapi cabaran, penentangan, dan penganiayaan. Walau bagaimanapun, setiap waktu doa berbahaya akan dipenuhi hadirat-Nya.



Adakah anda bersedia untuk lebih banyak lagi? Adakah anda sudah jemu dengan amalan berhati-hati? Adakah anda bersedia untuk mengucapkan doa yang berani, dipenuhi iman, memuliakan Allah, mengubah kehidupan, dan mengubah dunia?



Jika anda sudah bersedia, Pelan Alkitab ini adalah sesuai bagi anda.



Namun, ingatlah. Pasti akan ada rintangan. Apabila anda mula mendoakan perkara seperti "selidiki saya, patahkan saya, utuslah saya," anda mungkin mengalami lembah. Serangan. Dugaan. Penderitaan. Kesukaran. Kekecewaan. Juga keremukan hati. Namun, pasti ada juga sukacita iman, kekaguman mukjizat, kelegaan penyerahan, dan kenikmatan menyenangkan hati Allah.



Sudah tiba masanya untuk menghentikan doa yang berhati-hati.



Sudah tiba masanya untuk mula bercakap, betul-betul bercakap—dan betul-betul mendengar—kepada Allah.



Sudah tiba masanya untuk doa yang berbahaya.


Hari 2

Perihal Pelan

Dangerous Prayers

Adakah anda berasa letih dengan amalan berhati-hati dengan iman anda? Adakah anda bersedia untuk menghadapi ketakutan anda, membina iman anda, dan melepaskan potensi anda? Pelan Alkitab 7 hari daripada buku Pastor Craig ...

More

Kami berterima kasih kepada Pastor Craig Groeschel dan Life.Church kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.craiggroeschel.com/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami