Info Pelan

Melepaskan Diri Daripada Iri Hati Pelan Bacaan Enam Hari Oleh Anna LightSampel

Break Free From Envy a Six-Day Reading Plan by Anna Light

HARI 4 DARIPADA 6

Hari 4 - Iri Hati di Luar


Seperti yang dikatakan oleh saya pada hari pertama, kerosakan iri hati bersifat dua hala. Kita sedar akan kerosakannya apabila iri hati ada dalam hati kita. Namun, bagaimana pula dengan kerosakan iri hati yang terarah kepada anda daripada orang lain? 


Budaya media sosial kita merupakan tapak pembiakbakaan iri hati. Jika anda tidak berhati-hati, dan jika anda tidak melindungi hati anda semasa membaca-baca kehidupan orang lain, anda berisiko berasa tidak puas hati terhadap kehidupan sendiri. Kajian mendapati seorang dalam tiga orang berasa lebih teruk selepas menggunakan media sosial, terutamanya bagi golongan remaja yang berumur 12-18 tahun. Saya rasa berikutlah sebabnya: 


Melihat kehidupan orang lain yang kelihatan lebih gembira daripada kehidupan kita—kejayaan, bakat, dan harta mereka—boleh menimbulkan iri hati, yang menyebabkan orang yang berasa iri hati itu untuk berkongsi perkara yang membuat kehidupan mereka kelihatan lebih positif daripada hakikatnya, lalu menghasilkan suatu kitaran kejam. 


Berhati-hati dengan orang yang anda berkongsi berkat anda. Saya suka cara John Eldredge menjelaskan ini: "Orang yang berasa iri hati terhadap anda tidaklah berharap agar anda diapa-apakan, tetapi iri hati membuka pintu kepada dia yang ingin anda diapa-apakan."


Kita menghadapi pertempuran rohani dan musuh kita akan menggunakan apa jua cara yang perlu untuk membinasakan kita, termasuk membuat kita menentang satu sama lain jika kita tidak sedar. Perasaan iri hati anda terhadap orang lain boleh menyakiti hati mereka, sebagaimana iri hati orang lain terhadap anda boleh menyakiti hati dan roh anda. 


Kita semua pernah mengalami kedua-dua keadaan ini, barangkali tanpa menyedarinya. Kita pernah menangani iri hati yang melemahkan badan terhadap orang lain dan kita pernah menerima iri hati yang mendatangkan keburukan daripada orang lain. Terdapat beberapa cara untuk mengenal pasti sama ada anda menghadapi roh iri hati terhadap anda. Iri hati dapat dirasai dalam pertukaran tenaga tersembunyi semasa berinteraksi dengan orang lain. Roh dilepaskan apabila kita mengalah kepada fikiran jahat yang mementingkan diri: "Ini tidak adil." "Dia fikir dia siapa?" "Mengapa mereka selalunya orang yang diberkati?" "Mengapa itu tak terjadi kepada saya?"


Kita pernah memiliki fikiran tersebut, tetapi pernahkah kamu berfikir bahawa orang lain pernah berfikiran seperti itu terhadap anda? 


Bagaimana anda tahu sama ada anda menghadapi roh iri hati terhadap anda? Berikut ialah beberapa tanda lain:


1. Pernahkah anda mengalami keseronokan berkat Allah yang berkurang dalam hidup anda? Iri hati ialah pencuri dan perosak. Apabila roh ini adalah aktif dalam hidup anda, ia boleh mencuri sukacita yang dimaksudkan untuk anda.


2. Pernahkah anda mengalami kehilangan minat dalam perkara yang biasanya digemari atau dalam lingkungan bakat anda?


Saya suka menulis. Saya dilahirkan dengan bakat dan kasih terhadap kata-kata tetapi semasa saya mencuba berkongsi karya saya, saya mendapati diri kehilangan minat, berasa runsing, dan ingin berputus asa. Mungkinkah semasa saya berkongsi bakat saya, roh iri hati mencuri keinginan saya untuk melakukan hal yang menggembirakan saya? 


Bagaimana pula dengan anda? Apakah hal yang anda suka? Hal yang membuat anda rasa dipanggil secara unik dan berbakat kerana kurnia Allah? Adakah anda kehilangan minat terhadapnya? Adakah anda mempercayai bohong bahawa hal itu tidaklah berbaloi untuk dikongsi, dikejar, atau dilakukan untuk menimbulkan kegembiraan? Saya tidak mengutuk orang yang berasa iri hati. Semua orang mengalaminya. Saya mengutuk iblis yang menggunakan emosi orang lain untuk membuka pintu untuk roh iri hati merosakkan impian, keinginan, dan panggilan kita. 


Kita menggunakan tenaga satu sama lain. Sering kali keraguan diri yang anda alami ialah tenaga negatif intimidasi orang lain terhadap potensi anda. Maka, roh pengurangan, yang timbul daripada iri hati mereka, dapat dilihat dengan jelas dalam hati anda dan menahan anda. Sudah tiba masanya kita menyedari cara musuh menggunakan kita terhadap satu sama lain untuk mengurangkan pengaruh kita.


Demi menyembuhkan dan melindungi hati kita daripada iri hati orang lain, kita boleh berdoa agar kasih Kristus memenuhi kita dan orang lain yang kita temui. Hanya kasih-Nya sahaja yang melembutkan iri hati. Tunjukkan kasih itu kepada orang yang ditemui dan roh iri hati tidak dapat meresapi jiwa anda.


Hari 3Hari 5

Perihal Pelan

Break Free From Envy a Six-Day Reading Plan by Anna Light

Sekarang, lebih daripada sebelumnya, kita berhadapan dengan kehidupan setiap orang sebagaimana yang mereka mahu dilihat, dan perbandingan dengan kehidupan kita menimbulkan perasaan iri hati. Anda tidak mahu perasaan ini ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Anna Light (LiveLaughLight) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.livelaughlight.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami