Info Pelan

Melepaskan Diri Daripada Iri Hati Pelan Bacaan Enam Hari Oleh Anna LightSampel

Break Free From Envy a Six-Day Reading Plan by Anna Light

HARI 1 DARIPADA 6

Hari 1 Iri Hati ialah Perosak 


Antara semua emosi yang saya fikir saya rasai, iri hati tidaklah tersenarai. Cemburu? Ya. Perbandingan? Yek, setiap hari. Kesedihan? Kemarahan? Kegelisahan? Kebencian, juga? Walau bagaimanapun, apabila saya dengar pengajaran tentang perkataan ini daripada audio siar kegemaran saya, dengan segera saya sedar bahawa semua emosi lain saya berakar umbi dalam roh iri hati. 


Saya benci akan emosi yang negatif. Menurut ujian personaliti Enneagram, saya ialah jenis "7". Sebagai jenis "7", jika saya boleh mengelakkan sengsara emosi negatif, saya akan mencari jalan untuk berbuat demikian. Berpura-pura emosi negatif itu tidak wujud tidaklah berkesan bagi saya. Usaha diperlukan untuk mempelajari cara mendedahkan emosi negatif tersebut dan menyatakannya kepada Allah dan untuk emosi negatif kehilangan kuasa, tetapi semua usaha itu adalah berbaloi. Saya tahu itulah sebabnya saya begitu bersemangat untuk membantu orang lain menemui kebebasan mental, emosi dan rohani—kerana saya bergelut dengan kegelapan yang terhasil daripada hidup dalam ikatan emosi negatif tersebut.


Pergelutan itu telah menjadi mangkin untuk menemui kebebasan sebenar yang kekal bagi diri saya. Ini merupakan sesuatu yang saya ingin semua orang untuk alami dan semasa saya menemui tahap kebebasan yang baru, saya tahu saya tidak mungkin menyembunyikannya.


Pelan bacaan berikut merupakan perjalanan peribadi saya dalam pencarian kebebasan daripada iri hati dan hidup berkelimpahan yang menakjubkan yang terhasil daripada kebebasan itu.


Apakah itu iri hati? Mengapakah penting untuk kita memahami bagaimana iri hati mempengaruhi kita hari ini? Dunia kita ialah kawasan pembiakbakaan roh iri hati. Sekarang ini, lebih daripada sebelumnya, kita berhadapan dengan kehidupan setiap orang sebagaimana yang mereka ingin dilihat—sebagaimana yang direka mereka—dan perbandingan dengan kehidupan kita boleh menimbulkan rasa iri hati. Kita hidup dalam budaya iri hati dan kita mungkin tidak menyedari bagaimana roh ini merosakkan kesihatan mental, emosi dan rohani kita.


Iri hati boleh digambarkan sebagai perasaan tidak puas hati atau keinginan menggeramkan yang timbul kerana harta, sifat, atau nasib orang lain. Ini merupakan akar emosi negatif seperti kecemburuan dan perbandingan, tetapi iri hati adalah lebih mendalam. Rasa cemburu berkata, "Saya harap saya memiliki apa yang dimilikinya." Rasa iri hati berkata, "Mengapa ia harus memiliki apa yang tidak saya miliki?" Iri hati benci melihat orang lain gembira dan bergembira secara rahsia apabila orang lain gagal. Seperti yang dinyatakan oleh penulis Dorothy Sayers, iri hati bermakna "melihat orang lain dengan niat jahat." Iri hati ialah perosak, perata yang hebat; iri hati tidak tahan mengagumi, menghormati atau menunjukkan kesyukuran. 


"Iri hati mereputkan tulang" kata penulis Amsal. Iri hati meracuni hati. Sudah tentu daging kita akan sentiasa merasai sengatan iri hati apabila berpeluang. Usaha yang disengajakan dalam roh kita diperlukan untuk mengatasi godaan berasa iri hati dan berasa bebas untuk benar-benar bergembira atas kejayaan dan kesenangan orang lain.


Kerosakan akibat iri hati berlaku dalam dua cara. Anda pastinya tidak mahu roh iri hati membarah dalam anda, tetapi bagaimana pula dengan kerosakan iri hati orang lain terhadap anda? Saya pernah mengalami kedua-dua keadaan itu dan semasa anda meneruskan pelan ini, anda akan melihat bagaimana iri hati telah merosakkan hati anda dan mungkin juga hubungan anda dengan orang lain. Kedua-dua keadaan ini memerlukan kerja rohani dalam hati dan fikiran kita untuk mencapai kebebasan. 


Harapan saya ialah agar anda memperoleh pengetahuan, alat, ayat Alkitab, dan keyakinan yang diperlukan untuk membebaskan diri anda daripada iri hati pada hari-hari seterusnya. 


Hari 2

Perihal Pelan

Break Free From Envy a Six-Day Reading Plan by Anna Light

Sekarang, lebih daripada sebelumnya, kita berhadapan dengan kehidupan setiap orang sebagaimana yang mereka mahu dilihat, dan perbandingan dengan kehidupan kita menimbulkan perasaan iri hati. Anda tidak mahu perasaan ini ...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Anna Light (LiveLaughLight) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.livelaughlight.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami