Info Pelan

Enam Hari dengan Nama AllahSampel

Six Days Of The Names Of God

HARI 3 DARIPADA 6

HARI 3: JEHOVAH JIREH – TUHAN MENYEDIAKAN 


Anda tidak pasti bagaimana anda akan membayar bil bulan ini. Status hubungan anda tidak diselesaikan. Anda mendengar khabar angin bahawa pengurangan tenaga kerja akan melanda syarikat anda, dan kedudukan anda dalam syarikat adalah tidak pasti. Apabila asas kehidupan menghadapi risiko akan tergugat–kesihatan, kewangan, tempat tinggal, makanan, keluarga, pekerjaan–memanglah biasa untuk berasa takut, seolah-olah anda tiada tempat mengadu. Pada waktu inilah anda memanggil Jehovah Jireh. Nama terpuji Allah ini bermaksud "Tuhan menyediakan," dan ia merupakan nama yang dipenuhi kuasa dan kekuatan.


Ketika kita rasa takut akan masa depan kita, memanglah penting untuk memandang Allah dan memanggil nama-Nya. Setiap pemberian yang baik dan sempurna datangnya daripada Dia, dan pemberian serta berkat yang diberi-Nya itu tiada batasnya. Ada kalanya menempatkan kepercayaan kita dalam-Nya adalah satu-satunya cara untuk menenangkan ketakutan kita dan mengekalkan penetapan minda yang positif.


Ia mungkinlah pelajaran yang sukar tetapi dugaan di dunia ini menguatkan otot rohani kita dan mendekatkan kita dengan Allah. Melalui pergelutan kita, Dia menunjukkan kepada kita secara langsung bagaimana Dia menyediakan udara untuk pernafasan kita dan cahaya untuk membolehkan kita melihat. Dia memberikan kita apa yang kita perlukan untuk bertumbuh dengan baik sekali dan mendatangkan kesan yang paling meluas untuk kerajaan-Nya. Dia sentiasa memberikannya dengan penuh kasih.


Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

Six Days Of The Names Of God

Daripada nama Allah yang banyak, Dia telah mendedahkan aspek ciri-Nya dan sifat-Nya. Melewati Bapa, Anak, dan Roh Kudus, Alkitab menunjukkan lebih daripada 80 nama yang berbeza untuk Allah. Enam nama dan maksudnya dibinc...

More

Kami mengucapkan terima kasih kepada The Urban Alternative dan Tony Evans kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari https://tonyevans.org/

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami