Info Pelan

Menghapuskan Batu Kripton Bersama John BevereSampel

Killing Kryptonite With John Bevere

HARI 1 DARIPADA 7


Anda mungkin berasa hairan bahawa matlamat pertama pada hari pertama renungan ini adalah untuk mengecewakan anda . . . saya akan memberitahu anda sebabnya.


Terdapat pemisahan yang jelas antara apa yang berlaku dalam gereja Perjanjian Baru dan apa yang sedang berlaku dalam gereja hari ini. Memanglah mudah untuk mempersalahkan institusi berpecah-pecah, pemimpin yang tidak saleh, budaya, dan sebagainya kerana pemisahan ini, tetapi marilah kita menggunakan peluang ini untuk meneliti kehidupan kita. 


Kebenarannya adalah, orang Kristian abad pertama merupakan orang yang luar biasa pada zaman mereka, dan dunia mengagumi mereka. Berikut adalah beberapa perbuatan handal mereka yang tercatat dalam Alkitab:


Tidak seorang pun di kalangan mereka kekurangan apa-apa—tiada seorang pun yang mempunyai sebarang keperluan fizikal, dan tiada seorang pun yang memerlukan bantuan kerajaan (Kis 4:33-35). Seluruh kota mempercayai Yesus dalam masa yang singkat, dan injil tersebar ke seluruh negeri dalam tempoh beberapa tahun (Kis 9:32-35, 19:10). 


Kuasa Allah bekerja dalam mereka sehinggakan mereka perlu meyakinkan orang lain bahawa mereka hanyalah manusia (Kis 10:25-26, 14:8-18)—pertimbangkan itu untuk sejenak. Penyembahan mereka adalah begitu berkuasa sehinggakan tempat mereka berkumpul itu bergoncang (Kis 4:31). Hasil daripada semua itu, mereka mempunyai reputasi sebagai orang yang telah mengacaukan seluruh dunia (Kis 17:6). 


Perkara yang seharusnya mencabar kita adalah Allah menjelaskan dalam Firman-Nya bahawa orang Kristian pada akhir zaman akan melakukan lebih daripada orang percaya awal ini. Persoalannya adalah, mengapakah kita tidak melihat perbuatan besar yang telah dijanjikan oleh Allah itu?


Saya percaya sebagaimana Superman mempunyai batu kripton, gereja—himpunan individu yang mendakwa mereka mengikuti Kristus—juga mempunyai batu kripton. 


Batu kripton merupakan bahan daripada planet asal Superman. Apabila dia mendekati batu itu, dia akan kehilangan semua kuasa luar biasanya dan menjadi lemah—lebih lemah daripada manusia biasa. Jika anda melihat gereja hari ini—dengan kadar penceraian, penggunaan pornografi, dan perbuatan cabul yang setinggi atau lebih tinggi daripada dunia ini—memanglah jelas bahawa kita mempunyai batu kripton di kalangan kita. 


Keadaan gereja hari ini, yang nyatanya kelihatan tidak sehaluan dengan niat serta tujuan Allah untuk hidup kita sebagai pengikut Kristus, seharusnya mengecewakan anda. 


Dalam renungan ini, kita akan belajar apa batu kripton itu dan bagaimana menghapuskannya, tetapi kita perlu mengetahui terdahulu tentang potensi kita dan mempercayainya. Anda akan berasa tidak bermotivasi untuk menggunakan potensi anda yang tidak disedari. 


Apakah yang akan anda lakukan sekarang setelah mengetahui potensi anda? 


Hari 2

Perihal Pelan

Killing Kryptonite With John Bevere

Seperti Superman, yang boleh mengalahkan setiap musuh, anda sebagai orang Kristian juga memiliki keupayaan luar biasa untuk menguasai cabaran yang dihadapi. Walau bagaimanapun, masalahnya untuk Superman dan anda adalah t...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada John & Lisa Bevere (Messenger Int'l) kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://killingkryptonite.com

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami