Info Pelan

Memahami Hidup AndaSampel

Making Sense of Your Life

HARI 1 DARIPADA 3

Memahami Hidup Anda – Bahagian 1: Siapakah yang Bertanggungjawab?

“ Kepada Esau Kukurniakan Gunung Seir menjadi miliknya, manakala Yakub dan anak-anaknya pergi ke Mesir." (Yosua 24:4)

Sama ada anda memiliki PhD ataupun ialah pelajar yang tercicir, anda pastinya pernah menghadapi masalah. Kita semua menghadapi masalah; dan ada kalanya kita tidak memahami hidup ini. Kita membuat rancangan, dan keadaan tidak berjalan lancar; atau perkara yang tidak diduga berlaku; atau kita berdepan dengan akibat yang tidak disengajakan. Walaupun kita melayani Allah, kadang-kadang keadaan tidak dapat dikawal, meninggalkan kita tertanya-tanya apa yang sedang berlaku!


Itu mungkinlah keadaannya bagi orang Israel semasa mereka mendengar Yosua mengenangkan urusan Tuhan dengan umat-Nya. Patriark, Yakub, merupakan seorang daripada kembar fratenal. Esau, abangnya, menjual haknya sebagai anak sulung untuk semangkuk kacang merah, tindakan yang menunjukkan bahawa ia membenci berkat Allah. Oleh itu, Allah menolaknya sebagai waris janji-Nya kepada moyangnya Abraham. Walau bagaimanapun, Yosua mengatakan bahawa Allah kemudiannya telah memberkati Esau dengan kawasan Gunung Seir, di mana ia dan keturunannya dapat mempertahankan diri daripada serangan luar. Sebaliknya, Yakub—anak berkat, orang yang meskipun kelemahannya diterima oleh Allah melalui kedaulatan Allah—dihantar ke Mesir dengan keluarganya, di mana mereka akan menjadi hamba. Itu tidak masuk akal!


Sebelum kita dapat memahami catatan Alkitab ini dan perkara yang berlaku dalam hidup kita, kita harus memahami Allah. Kerana kita tidak mengawal alam semesta ini; Allah mengawalnya. Hari-hari manusia sudah ditentukan berdasarkan rancangan-Nya untuk setiap orang. Matlamat utama Allah bagi umat-Nya ialah menjadikan kita lelaki dan perempuan yang beriman. Maka, Dia membenarkan kita untuk menghadapi situasi yang membuat kita belajar mempercayai-Nya. Mengapakah kita mempercayai Allah apabila segala sesuatu berjalan lancar? Tidak, di lembahlah Dia memulihkan jiwa kita.


Allah mengatakan, "Aku mengasihi Yakub, dan Aku akan menjadikan dia dan umatnya lelaki dan perempuan beriman; jadi Aku akan membenarkan mereka untuk menghadapi situasi yang susah." Kita semua berada di sekolah iman, dan ini menjelaskan banyak perkara dalam hidup yang kini lebih difahami. Bagaimanakah kita percaya melainkan kita mengalami kesusahan? Bagaimanakah kita belajar mempercayai Allah melainkan kita sakit sekali sekala—melainkan kesukaran melanda? Allah mahu kita untuk menunjukkan iman kepada orang lain dan mengilhami mereka untuk percaya; tetapi kita tidak dapat membuat orang lain mempercayai Allah apabila kita sendiri tidak percaya, apabila kita tidak pernah melihat apa yang dapat dilakukan-Nya.


Hasil daripada kepercayaan mereka dalam Allah, apa yang diberikan-Nya kepada Yakub dan umat Israel, dan apa yang diberikan-Nya kepada anda dan saya, ialah kesaksian. Umat Isreal masih menyanyikan lagu sekarang ini—beribu-ribu tahun kemudian—tentang keadaan mereka di Mesir, tetapi Allah telah menyelamatkan mereka. Kesaksian bukanlah sesuatu yang dihafal dan dibaca; kesaksian ialah pengalaman hidup di lembah. Sekarang anda boleh meriangkan hati mereka, kerana anda boleh mengatakan, "Jangan putus asa! Saya mudah berputus asa; tetapi hal yang Dia lakukan untuk saya, Dia dapat lakukan untuk anda juga!”


Bersambung…


Hari 2

Perihal Pelan

Making Sense of Your Life

Hidup ini tidak dapat diduga dan mengelirukan, meskipun ketika kita melayani Allah. Ada kalanya keadaan kelihatan tidak terkawal, meninggalkan kita tertanya-tanya apa yang sedang berlaku! Jika anda pernah rasa seperti in...

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada The Brooklyn Tabernacle kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.brooklyntabernacle.org

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami